Friday, September 25, 2009

Mandi Wiladah (Mandi selepas melahirkan anak)

Email trail yang saya dapat dari seorang kawan mengenai mandi wiladah:

"Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH.
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi
Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh
saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan
disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Assalamualaikum

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists
mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi
after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal
menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam
keadaan bersuci...

Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.

Date: 11 March 2001 21:48PM
Priority: High

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

dear netters... saya nak kongsi cerita dan pengalaman.

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi
hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat
mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa lansung la sebab
mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suamu
tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua
orang.

Ada lagi yang kata sebba masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif
untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di
sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan
ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar
mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi
keluar,
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan: "Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan
ke atas ku kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60
hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah
dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air
tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain...
InsyaAllah

Moga ilmu saya yang cetek ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini soal
"remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan
bersama.

Wallahua'lam. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu
datang dari diri saya sendiri."

3 comments:

  1. aku ada tanya pada yg arif, tak ada nas atau hadis mana2 yang sebut kena mandi wiladah. yg ada hanya mandi wajib selepas kering darah nifas. Aku 2 kali bersalin mmg mandi wiladah tapi lepas buat research online n bertanya pada yg lebih arif sebenarnya tak payah pun. Mandi wajib utk perempuan ada 3 je selepas jimak/keluar air mani, selepas kering darah haid dan lepas kering darah nifas. Bukan boleh solat pun kalau dah mandi wiladah tu..

    ReplyDelete
  2. Wajib mandi itu ialah untuk membolehkan seseorang boleh solat, memegang alquran, dll. Termasuk juga mati. pun wajib mandi ye, ini mandi mayat lah...
    Mandi wiladah wajib jika seseorang perempuan itu melahirkan tetapi tiada darah nifas selepas melahirkan, seperti dlm kes anakanda Rasulullah saw, Siti Fatimah az-Zahrah, bakal penghulu wanita si syurga. Ini kerana, Siti Fatimah memang tiada didatangi haid atas nifas, jadi atas beliau, ada mandi wiladah. Tapi, bagi wanita lain, biasanya, ada nifas, jadi tiada hukum mandi wajib kepada mereka.. lagipun, mandi wajib ialah utk mengangkat hadas besar, sedangkan mereka masih terus2 ada nifas. jadi, tang mana hadas besar terangkat dengan mereka mandi wiladah?

    ReplyDelete
  3. tak sangka jumpa lagi article macam ni...tolonglah pi belajar lagi..mandi wiladah itu tidak wajib..ia hanya utk wanita yang tiada darah nifas spt anakanda rasulullah saw..janganlah memberatkan hukum...

    ReplyDelete