Thursday, December 24, 2009

Persediaan Balik Berkerja

Wow lama sungguh bercuti; more than 80 days. Inila cuti yang paling panjang yang saya pernah lalui. Syoklah. Ni dah nak balik berkerja, macam2 nak kena sediakan. Adam dah nak dihantar ke nursery. Saya pilih nursery sebab dekat sangat dengan rumah. Charges nursery pun masih consider ok walaupun lebih mahal dari hantar baby sitter. RM 340 inclusive of 2 hours OT per day and up to 3 pm on Saturday. I decided to try this first sebab 1) Agak susah nak tidurkan Adam kalau dia tinggal sorg2. At least di nursery he will be with other babies. 2) Distance from home cuma 10 houses away.

Other stuffs, still on Adam necessities. Cooler bag & thermafreeze I bought them fr here. Bagpack untuk bawak all the nursing kit still tak beli lagi (update today, dah beli..ala2 budak sekola plak but very convinient). I guess I will have free daily exercise from bringing the bagpack to work ~ berapa kilo tu..since I am a public transport regulars. Nanti sambung , daddy's home and busy playing with his son. :D

*****************

Went to mothercare tadi and grabbed a mothercare bottle and food warmer for RM118 ; this is after 30% discount. Normal price is RM168. I was thinking to buy the pre loved bottle warmer tapi since range harga macam sama je ngan mothercare brand new ni, so I chose this one. Dah test pun seround and oklah..function as expected. Ni nak letak kat nursery untuk Adam nanti..

SO..my nursing kit boleh kata dah complete lah! Oh lupa, I also bought online milk liners from mybbstore brand WhenYouHaveABaby ke ape tu..nanti check semula. 100 liners for 29.90 tapi ada discount aritu dapat less lagi. Dalam RM23.

Let me confess, once Adam is around, I hardly had time for my own. Suma kena cut cut cut. My bath time which usually ends not less than 15 minutes dah jadi 5 minutes. Dulu, Daddy always wondering whether I went mandi ke atau ambil air dari perigi baru mandi. Kadang2 nak cari barang pun tak boleh lama2. Alternatively , I shopped online.

Will write on my breastfeeding story yang tak berapa nak menjadi tapi I still consider as my sweet victory. Bak kata Idris Jala, success tetap success cuma berapa success banyak atau sikit.

Saturday, December 5, 2009

Senyum Seindah Suria

Adam had his 1st smile today, on his 50th day. Macam tak percaya je bila dia first senyum. Biar betul? Lepas tu dia senyum and senyum lagi.
(Note: Baby will have his 1st smile as early as 6 weeks). Bila diagah dia senyum, macam paham.
Dan lagi Adam dah boleh buat sound like ooh, eeh..bahasa bayi tu lah! Kadang2 perasan je dia cam mengadu tah ape lah..apa2 jelah Adam. I am glad to have you around and you are my priceless bday present ever.
Lain2 tu macam biasalah..macam2 style bila nak tidur tu..nak mengiring lah..nak sengetkan kepala la..layankan aje..
Adam tak pernah tidur meniarap sebab dari lahir dia tak nak kalau meniarap. Dah macam kura2 berjalan bila ditiarap. Kaki n tangan dia akan keras kat tilam tu. 3 weeks (about 30 days) back, dia dah buat movement ke depan ala2 combat..tapi bukanla merangkak. He would use his belly & hands to move forward. Dunno whether it is due to the fm yang dia minum.

Thursday, December 3, 2009

Kenapa Najis Baby Hijau & Kenapa Baby Kerap muntah lepas menyusu

Antara sebab2 musabab najis baby warna hijau :
~ zat besi (iron/ferum) yg terdapat dlm susu formula. Baby akan keluarkan zat2 yang tak dapat diserap melalui najis.
~ najis warna kuning pulak adalah 'hampas' dari susu ibu.
For now memang adam campur susu. So kena lebihkan lagi susu Ibu.. yakin boleh!

Ini link dari yahoogroups.com .Ada chart untuk stool lagi.
Ini dari sarakids yang bercerita mengenai susu awal dan akhir.(fore & hindmilk)

I think Adam has not got enuff hindmmilk sebab susu keluar terlalu laju dan bila dia minum plak sekejap sangat. Ada masa dapat susukan dia lebih kurang 20 minit, tp kalau susu laju , 10 minit pun tak sampai. Najis dia kadang2 hijau semua , sometimes mixture of both hijau ngan kuning.Tapi tak pernahla kuning semua sebab dia bukan fully bf)

Kenapa pulak baby kerap muntah lepas menyusu:
antara link
~ mysweetstoryjournal
~ susuibu.com
~ about reflux from dumex site

To summarize, antara sebab baby muntah adalah reflux. Reflux berlaku apabila kandungan perut bayi keluar semula melalui mulut. Diagfram baby (otot yang menghalang makanan naik semula ke esofagus (saluran yang menyambung mulut dan perut) mengambil masa untuk kuat and will gradually getting stronger in a year thus reducing reflux. 50% babies are experiencing reflux but gradually decrease in 10 months.

Baby juga mungkin muntah sebab diangkat sejurus selepas minum susu. Untuk yang breastfeed cuba susukan secara upright position, pegang bayi selama 20 minit selepas bf atau cuba susukan dalam jumlah kecil tetapi kerap.

Ada juga baby yang experience projectile spit-ups (susu yang keluar menyembur tiba2).Certain paed will prescribe MAXOLON & LANSOPRAZOLE given to baby 30 minutes before each feeding session. Ada jugak paed yang suggest formula milk yang contain AR (anti-regurge factor).

Monday, November 30, 2009

Baby's Day Out

Apa yang perlu dibawak masa outing dengan baby:

1) Pampers
2) Susu / air panas ~ for Adam, cuma bawak 1 botol susu 3 onz kot2 la dia nak menyusu time bershopping. 1 of breastfeeding advantages is , tak yah bancuh susu. Sua je kat baby.
3) Stroller ~ Adam tak suka dok dlm stroller, so depends lah.
4) Sapu tangan in case baby kerap muntah
5) Baby wipes
5) Baju baby sepasang 2 kot2 dia baju kotor kena muntah/kencing.

Adam's 1st outing was to JJ and he was not bothered at all to the sorroundings yang bising & crowded sebab tu time tidur dia. Bila dia bangun sebab pampers dah sangat berat, mula la dia menangis. Other than that, i guess there were too many things to absorb at a time; bunyi bising, lampu, etc.
All and all, for this 1st outing, mom n dad pun 1st outing jugak. So-so je la..nak jalan sangat pun takut dia nangis panjang. Dapat juga sambar barang2 baby apa yang patut. Itupun ada mak ngan n pak ngah dia sekali. Lenkali kita cuba outing lagi!!

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa Bayi Menangis/ meragam?

Listed below in random orders, kenapa bayi menangis (daripada pengamatan & pengalaman tak seberapa)serta apa tindakan saya:

1) Nak minum susu/ lapar. ~ cepat2 la bagi susu.
2) Pampers dah basah / penuh ~ tukar pampers baby setiap 3/4 jam sekali or at least checklah. Sebelum dia mengamuk, kita tukar dulu.
3) Baby buang air besar. Kadang2 sembelit/ sakit perut. ~ Kalau sakit perut saya sapu minyak TYT, kalau sembelit saya letak Franch oil kat perut bayi. Lepas tu urut2 sikit betis dia. Nanti dia lega.
4) Tak cukup tidur, contoh, terlepas waktu tidur. Selalu tidur pukul 2 30 ptg, harini dah pukul 4 pun masih tak tidur (baby dah penat) ~ cepat2lah usaha tidurkan dia ye!
5) Tak selesa/Sejuk lepas dimandikan ~ bedungkan baby. Baby akan rasa didakap & selesa. Lepas bedung, baringkan kat tilam & apitkan dengan bantal kiri & kanan. Kadang2 saya letak bantal kat kaki dia (supaya kaki dia tak gerak2)..
6)Baby merajuk!! Jangan ketawa ye..tapi itulah fact nya. Saya pernah rasa geram sbb baby tak berhenti nangis, lepas tu saya tertinggi suara kat baby. Lepas tu dia tak mau menyusu dan automatic menangis bila saya pegang dia. Bile orang lain pegang dia senyap. Huhuhu...~ untuk saya,saya cuba lah pujuk baby seperti cakap baik2..dia budak baik , budak comel hehehhe...sebelum saya cuba beri susu etc. It works!

Sesiapa nak tambah dipersilakan...

Note: Waktu bayi saya dari day1 - sebulan, dia tak tidur malam sangat. Asyik menangis. Saya tak faham kenapa dia menangis. Saya naik tension.Skrg saya cuba cara2 kat atas, alhamdulillah..dia tak menangis panjang lagi.

Sunday, November 15, 2009

Bayi & Masalah Tidur

Adam is a month old. Had the kenduri akikah for him yesterday. Akikah is only a sunnah, best done on the 7th day after baby is born. Another sunnah would be to shave the baby's hair on the 7th day. I just went to kedai emas , timbang rambut Adam. note : harga emas semasa : RM134 / gm. Duit ni afdal disedekah pada kanak2/org yang memerlukan.




Harini saya nak share masalah tido baby. So many opinion sampai aku pening la nok!! Anak lahir malam la thats why dia meragam malam. Kena sawan, x cukup itu ini..whatever..Nah..bacala artikel ni...lebih masuk akal (Nota kaki: Bukan tak caya petua orang tua2..kalau ada reason..kita pun tak terkial2..)

Linknye

Esok2 kalau dah kena archive bole baca kat sini:

Corak tidur bayi anda

UMUMNYA, semua bayi tidur sepanjang siang dan malam — hanya bangun untuk makan setiap beberapa jam. Jadi pasangan yang baru menjadi ibu bapa sukar menentukan berapa lama dan kerap bayi mereka perlu tidur.

Tiada kaedah khusus untuk menentukannya kerana bayi tidak mengetahui antara siang dan malam. Mereka sangka perlu tidur waktu siang dan kerap berjaga waktu malam! Namun secara purata, setiap bayi tidur antara lapan hingga sembilan jam waktu siang dan kira-kira lapan jam waktu malam.

Kebanyakan bayi terjaga beberapa kali pada waktu malam dan hanya selepas umur tiga bulan baru mereka tidur sepanjang malam.

Oleh kerana perut mereka kecil, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam. Bagaimanapun, jangan beri bayi anda tidur melebihi lima jam satu-satu masa ketika berumur antara lima hingga enam minggu pertama.


Sesetengah bayi yang dilahirkan pra matang perlu disusukan lebih kerap.

Perhatikan pada corak tidur bayi anda. Jika bayi anda biasanya tidur nyenyak dan bangun mengejut, ia mungkin menandakan si kecil mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Tidur bayi juga boleh terganggu akibat perubahan perkembangan atau disebabkan rangsangan berlebihan.

Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut bayi anda ketika dia tidur kerana boleh menyebabkan jangkitan telinga atau tercekik.

Seperti orang dewasa, bayi menjalani beberapa fasa tidur. Bergantung kepada fasa tidurnya, bayi anda mungkin bergerak aktif atau baring tidak bergerak langsung.

Corak tidur bayi bermula ketika bulan terakhir kehamilan — tidur yang bergerak aktif dulu, kemudian diikuti dengan tidur tidak bergerak pada hujung bulan kelapan.

Jenis tidur bayi:

# REM (tidur mata bergerak) — Tidur yang tidak nyenyak iaitu apabila bermimpi dan mata bergerak ke depan dan belakang. Walaupun bayi tidur 16 jam sehari, separuh daripadanya dalam fasa ini. Kanak-kanak besar dan orang dewasa tidur lapan jam, tetapi tidur mereka tidak banyak fasa REM.

# Fasa bukan REM — Terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat 1 — mengantuk: mata tertutup, atau terbuka tetapi tertutup semula

Peringkat 2 — tidur belum nyenyak: bayi bergerak, terkejut atau terjaga bila ada bunyi

Peringkat 3 — tidur nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Peringkat 4 — tidur sangat nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Pada permulaan tidur, bayi memasuki fasa 1, ke fasa 2, 3 dan 4 kemudian berbalik ke fasa 3, 2 dan ke REM. Pusingan ini berulang beberapa kali sepanjang dia tidur.

Ketika bangun, tahap bayi terjaga juga berbeza. Apabila bayi terjaga penghujung pusingan tidur, ini fasa terjaga yang sunyi. Bayi anda tidak bergerak, tetapi sudah bangun dan seolah-olah tenggelam dalam dunianya.

Ketika ini juga bayi anda mungkin kelihatan merenung sesuatu objek dan bertindak balas terhadap bunyi serta pergerakan, kemudian mereka bergerak aktif.

Selepas ini masuk ke fasa menangis. Badan bayi bergerak tidak tentu arah dan menangis dengan kuat. Bayi mudah mengalami rangsangan berlebihan ketika fasa menangis. Jadi pastikan anda menenangkan bayi dengan mendakapnya atau membedung (balut bayi dengan kain).

Beri susu sebelum bayi masuk ke fasa menangis kerana jika mereka sudah menangis, mungkin sukar untuk memberi susu. Pada bayi baru lahir, menangis menandakan mereka sangat lapar!

Membantu bayi tidur

Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangunnya sendiri; terutama ketika mahu tidur. Anda boleh membantu dengan mengenal pasti tanda mengantuk, mengajarnya untuk tidur sendiri dan menyediakan persekitaran selesa serta selamat untuk tidur.

Antara tanda bayi mengantuk ialah:

# Menggosok mata

# Menguap

# Kelihatan melihat objek yang jauh

# Meragam

Bagaimana anda boleh membantu bayi tidur:

Bukan semua bayi pandai tidur sendiri. Apabila tiba waktu tidur, kebanyakan ibu bapa cuba mendodoi atau memberi susu bagi membantu mereka terlelap. Langkah ini memang baik, tetapi pastikan bayi tidak tidur di tangan atau dalam dakapan anda kerana dia akan belajar bahawa untuk tidur, dia perlu ada dalam dakapan.

Apabila bayi terjaga daripada tidur, dia mungkin tidak dapat tidur balik dengan sendiri. Kebanyakan pakar menyarankan untuk mendakap bayi hingga dia mengantuk dan kemudian letakkan bayi anda di katilnya ketika dia masih terjaga. Kaedah ini membolehkan bayi belajar untuk tidur. Memainkan muzik lembut dan perlahan apabila anda lihat bayi mulai mengantuk juga boleh membantu mereka tidur.

Corak tidur yang sesuai untuk bayi

Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang. Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.

Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang. Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS.

Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper.

Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.

Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.

Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.

Saranan menidurkan bayi:

# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal

# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi

# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa

# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas

# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur

# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lain

Malah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:

# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu

# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya

# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi

# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat

# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.

Wednesday, November 4, 2009

Baby pandai ke merajuk/ buat perangai?

Adam dah pandai merajuk ke? Susah nak explain tapi dia tak mau menyusu kalau saya lambat angkat dia..saya tak mau bagi susu formula lagi..tp cabarannya besar sbb org tua ie both my granma and mom , asal budak tu melalak je , n lambat sikit,dah soh buat susu botol..ee geram2...Adam susah nak bukak mulut luas2..lepas tu..baby..saya rasa dia belum nampak betul lagi..so maybe dia pakai deria bau dia untuk cari susu..
Saya sengaja biar dia melalak..senang skit nak sumbat susu dalam mulut dia..

Pinggang ni janganla cakap..sakit2 sbb nak flexikan ngan Adam..last2 beli nursing pillow..melabur sikit barang 74RM..mudah sikit nak susukan dia sbb mulut dia sama aras ngan susu dia..

Lepas tu..dia ni kalau sumbat susu banyak mana pun dia minum je..last2 muntah..
I find breastmilk, banyak macam mana pun dia takkan berketul kalau Adam muntah kan keluar..kalau susu formula , baru 5-10 minit..kalau terkeluar je..mesti dah berketul...kalau kluar dari hidung..budak mudah nak sesak napas..tu agaknya ada baby yang meninggal sebab tersedak susu..I hope this will not last for long..sbb waktu ni ada je org dok pantau 24 jam..nanti dah dok baby sitter..sape nak tengok..

Tok Wan & Wan adam asyik2 nak mengelek Adam..nangis sikit tak mau susu dah angkat and dodoi2..I am ok with it tapi esok2 sape nak buat tu..nanti lagi panjang dia nangis..dilema sungguh la..kalau sesapa ada experience camni, marila share...

Note: My blod type is A+ while hubby's blood type is O. Is it possible for Adam to have AB+ .. Can someone do the equation?

Wednesday, October 28, 2009

day 14 : Pantang, Motherhood & Breastfeeding

Adam sudah pun 14 hari; tanggal pusat pada hari ke 7, bercukur juga pada hari ke 7.
Breastfeeding saya bermula pada malam kelahirannya. Saya minta nurse 'simpan' Adam pada saya sepanjang malam. Breastmilk tak keluar pada malam pertama, tp saya nampak kolustrom (susu awal) yang berwarna kekuningan. Saya suapkan saja. Sepanjang malam saya tak tidur. Saya bimbangkan Adam ~ biasala..ibu yang tak experience. Entah dia lapar atau sejuk. Walhal kolustrum tu memadai untuk sehari 2. Kakak yang share room dengan saya (anak yang ke 6) nampak cool je..dia suruh nurseri jaga anak dia malam tu..kemudian ambik waktu pagi (6 30 am) untuk breastfeed. Di nurseri of course guna susu formula.

DEMC beri kami balik pada 17/10/2009 pukul 4 30 ptg. Lepas Adam dah kencing and berak. Mom pun kena at least kencing sekali sepanjang dok hospital. Masa kat hospital sangat la boringnya. Tak sabar nak balik rumah. Nasib semalam je tidur hospital.

2 3 hari tu susu masih tak banyak. Tak ada pilihan, saya sumbat juga susu formula..susu enfalac tak sesuai..Adam asyik muntah2. Bila guna susu Anmum Inferna, ok pulak dia. Susu tak banyak, langkah seterusnya cari susu Anmum Materna dan minum. Minum juga horlick & milo. Nasi mmg banyak saya makan. Semuanya sebab Adam Adam Adam. :D. Alhamdulillah sekarang dah ok. Selalu juga dapat pam dalam 6-8 onz sehari..tp Adam kuat menyusu..sehari 1 jam/ 2 jam sekali..tak sempat nak stok...oh anakku...

Makanan pantang saya ~ yang mak mertua cukup tak setuju..singgang ikan (parang/ merah/ kerisi/ tenggiri). Dia tak bagi makan yang berkuah. Tapi saya balun jugalah. DEMC pun hidang menu sama, tapi kenala pilih ikan yang tak gatal (seperti kat atas) dan lebihkan la bawang, halia semua..ini makanan pantang turun menurun ekekek..mak saya pun berpantang makan makanan sama.

Bab2 berurut, berparam, pilis, bengkung & bertungku..semua saya buat. Saya berurut dengan seorang kakak dari Sek 26 (Sg Kandis) Shah Alam. sekali urut Rm50..dia urut best..TQ K Pah (016-3586410)..dia urut tak sakit..saya selesa..banyak dia ajar bab2 pantang n anak ni..peramah kakak ni..hehe..saya ambil 5 hari..dia urut, param, bengkung, pilis. Dia guna param kampung. Sebungkus RM10. Saya suka sebab param dia tak berapa 'pedas' dan tak kuning sangat macam param Amway..heehhe..lagipun murah. Nak susukan anak tak kisah kan param flakes tu yang berjatuhan..Ikutla keselesaan masing2.Amway pun ok. Saya suka mandian herba dia tuh. Senang, main rebus je..macam teh. Jamu saya masih tak makan lagi.

Adam kena jaundice on his 11th day. Nurses from DEMC and klinik kerajaan dtg melawat rumah untuk check mom and baby. Masa 4th day diorg dtg, Adam still ok, no jaundice. Hari ke 11, nurse inform ada sikit. So next day we went to klinik. Reading shows 108.4 uMol.(betulke unit dia tu, lebih kurang la)..Doc cakap sebab Adam ada caput due to vacuum)..lambat surut and ada darah berkumpul kat situ. I was not that worried sebab reading not as high as 400 (yg ni confirm kena jemur, baby pakai pampers, tutup mata & meniarap for sometime). Doc says not that critical however kena continue breastfeed Adam. Harini, Adam punye reading dah surut to +-78. Doc cakap dah ok. Yesza. Susu ibu memangla berkhasiat...

So far the motherhood experience memangla busy & penat tapi I enjoyed every bit of it. Walaupun tersengguk2 pukul 2 3 pagi susukan Adam..I am happy. (kadang2 culas jugak sebab rasa susu dah kering...huhu)..

Panjang posting ni..nanti update lagi.

Note : I find berpantang is not easy if you are planning to breastfeed and all. Badan masih lemah and need somebody to take care of the baby n mom. Suggested the closest family members (yang bole diharap) to be around. Nenek, adik & MIL saya ada waktu berpantang. MIL dah balik kg, the 2 were still here. I am so thankful to them.

Sunday, October 18, 2009

Lahirnya dia..seorang Anak Adam

Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah..saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 16/10/2009 08.43 malam di DEMC Shah Alam. Kedatangan yang cuma untuk meninjau samada telah dilate akhirnya berkesudahan dengan kelahiran bayi saya seberat 3.2kg. Bayi dan ibu dalam keadaan sihat.

Dilation awalnya cuma 1.5cm tetapi telah fully effaced. Air ketuban juga telah pecah tanpa saya sedari. Mild contraction saya rasakan pada malam 15/10/2009 sekitar 11.30 malam (10 minit sekali) tetapi tidak panjang. Sekali lagi mild contraction bermula pada pukul 2.30 petang (10 minit sekali), sehingga sekurang2nya pukul 6 ptg..(5-6 minit sekali)..(berserta cecair lendir kecoklatan juga)

Alhamdulillah kelahiran agak mudah , dengan bantuan drip dan juga vacuum. Drip dimasukkan sekitar 8.00 malam, 8.30 malam rasa seperti nak buang air besar yang teramat sangat..akhirnya sekitar 8 43 malam, saya selamat melahirkan.

Thank you to the nurses & Dr Mazita yang menyambut bayi saya. To my husband, thank you for being there..it helps ..(dia memicit2 kaki saya waktu drip men'jalan' kan kerjanya..dan berada bersama saya sepanjang proses kelahiran.

Friday, September 25, 2009

Teknik Urutan Bayi

Friday, 14 December 2007 17:42 Webmaster , source : http://ratuhati.com

Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...

Muka
* Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
* Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
* Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
* Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.

Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
* Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
* 'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
* Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
* Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
* Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
* Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
* Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada
* Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
* Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
* Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.

Tangan dan Lengan

* Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
* Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
* Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
* Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

Kaki
* Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
* Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
* Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
* Betis diurut dengan kedua ibu jari.
* Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut
* Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
* Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

Petua Menjaga Bayi Dalam Pantang

Maaf, tak dapat cari source nya:

Petua Menjaga Bayi Dalam Pantang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)

1) Bagi baby yang baru lahir, selalulah gunakan minyak telon untuk disapu ke seluruh badannya utk memastikan bayi sentiasa dlm keadaan selesa dan tidak kembung.

2) Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat
kembung dan penyakit pasang.

3)Sekiranya bayi kembung perut, cubalah mengurut belakang betisnya secara perlahan2 ...bayi akan selesa dan juga gunakan inggu (boleh di dapati di kedai India menjual ubat). Cairkan inggu itu dgn air suam dan
sapukan di perutnya. Inggu itu berbau busuk sikit.

4)Bagi bayi yang baru tanggal tali pusatnya, biasanya spirit tidak akan dibubuh lagi di bhg pusat itu. tetapi sebaik2nya, bubuh lah spirit itu di pusatnya sehingga ianyna benar2 kering. Adakalanya akan keluar
sedikit darah kering....kotoran itulah yang perlu dibersihkan.

5) Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan dia, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

Petua Membanyakkan Susu Ibu

Berdasarkan petikan:

SAya kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan
buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai
tuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang
menjadi dan ade yang kurang menjadi. Ia depend pada badan kita gak.
Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu
meningkatkan pengeluaran ASI.(Air susu ibu)

Pemakanan
1) Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana
yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh,
lagi sedap
2)Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
3) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam,
rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang
putih, ikan bilis/ udang kering.
4)Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
5) Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus
utk pekatkan susu
6) Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan
rebus.makanlah bersama-sama nasi
7) Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Minuman
1) Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
2) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian
menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah
banyak air susunya.
3) Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian
diminum airnya.
4) Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan
air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2
masakan cth kari.
5) Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
6) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
7) Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
8) Soya - minum secawan sehari.
9) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
10) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

Supplement
1) Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.
2) GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati
di farmasi GNC.
3) Pil ASI
4) Melilea Greenfield Organic
5) Melilea Organic Soya Drink
6) Organic Henry
7) Bidadari DCL
8) Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
9) omega 3
10) obimim
11) kalsium
12) vitamin c

Urutan
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing..kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2
puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari
atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu
salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat
doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada
breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan
pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada.
Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling
payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana
muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali
sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau
lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm
pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa
susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu,
jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa
mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah
anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita
teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan
payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu
dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur,
perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory,
more demand, more supply

Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang
sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita
ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila
kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada
dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi
menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi
menitik-nitik. Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.
d)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Semoga petua-petua ni dpt membantu ibu2..

source : di sini

Lain2 link
1)

Mandi Wiladah (Mandi selepas melahirkan anak)

Email trail yang saya dapat dari seorang kawan mengenai mandi wiladah:

"Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH.
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi
Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh
saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan
disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Assalamualaikum

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists
mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi
after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal
menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam
keadaan bersuci...

Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.

Date: 11 March 2001 21:48PM
Priority: High

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

dear netters... saya nak kongsi cerita dan pengalaman.

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi
hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat
mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa lansung la sebab
mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suamu
tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua
orang.

Ada lagi yang kata sebba masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif
untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di
sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan
ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar
mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi
keluar,
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan: "Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan
ke atas ku kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60
hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah
dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air
tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain...
InsyaAllah

Moga ilmu saya yang cetek ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini soal
"remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan
bersama.

Wallahua'lam. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu
datang dari diri saya sendiri."

Monday, September 7, 2009

Surah Amalan Sewaktu Mengandung

Antara surah amalan yang disyorkan menjadi amalan ibu2 mengandung:

1) Surah Yusuf (111 ayat) - untuk mendapat anak yang soleh, sihat, cantik, sempurna
2) Surah Luqman (34 ayat) - untuk mendapat anak yang taat
3) Surah Maryam (98 ayat) - untuk mendapat anak yang sabar & taat
4) Surah Yaasin
5) Surah al-An'aam ayat 1-3 3x sehari
6) Sebaiknya khatam al quran sepanjang mengandung.

Nota : Yang ke 6 tu, saya sendiri masih tak tercapai. :)

Saturday, August 29, 2009

Teknik Menyusukan Bayi

  • Rapatkan bayi pada badan ibu, kedudukan kepala bayi dan badan bayi adalah selari. Tangan ibu memangku bayi pada kedudukan selesa.
  • Badan bayi dan badan ibu bersentuh
  • Satu lagi tangan ibu memegang payu dara (di mana bayi akan menyusu) dalam bentuk C (jari tidak menyentuh aereola)
  • Halakan puting susu ibu ke bibir bayi dan pipi bayi, tunggu hingga mulut bayi terbuka luas.
  • Kedudukan dagu bayi (bukan hidung bayi) menyentuh payudara.
  • Bila mulut bayi terbuka luas, masukkan puting ke dalam mulut bayi. Pastikan bahagian aereola(atas puting) juga masuk ke dalam mulut bayi kerana di situlah terdapatnya 'kilang' susu.
  • 'Latching' yang betul membantu bayi menyusu dengan baik. Bayi akan menghisap susu, meneguk susu & pause seketika (each pause is a mouthful of milk for the baby).
  • Pipi bayi akan kelihatan mengembung semasa menyusu.
  • Untuk gambaran bagaimana menyusukan bayi dengan betul, klik sini

Friday, August 28, 2009

Nota daripada Ceramah Susu Ibu

Ini antara info yang dapat saya kumpul. Nota ni tak lengkap , kerana 15 minit pertama ada sedikit gangguan dari ibu beranak 4 yang terpaksa di'jemput' keluar kerana kebisingan anaknya, dan saya sedikit terganggu dek ibu yang batuk di sebelah saya (dan tak pakai mask pulak tu, memang orang Malaysia ni kuat sungguh, tak takut wabak H1N1)

Nota saya:
  • Ada ayat Quran mengenai tempoh ibu menyusukan anak sekurang2nya sehingga umur anak 2 tahun.
  • Exclusive breastfeeding ialah apabila bayi disusukan selama 6 bulan sepenuhnya tanpa dicampur makanan tambahan / susu formula /hatta air masak sekalipun.
  • Makanan tambahan hanya diberikan selepas umur bayi 6 bulan.
  • Keraplah susukan bayi pada sebelah malam untuk rangsang penghasilan susu.
  • Bila untuk mula menyusukan bayi? Iaitu secepat mungkin selepas bayi dilahirkan (by demand) untuk merangsang susu.
  • Bayi menyusu 8-12 kali sehari kerana susu ibu mudah hadam.
  • Bayi yang menghidap 'kuning'/jaundice akan lebih suka tidur. Ibu kena peka dengan keadaan, jangan dibiarkan bayi tidur lama, ditakuti jaundice.
  • Bagaimana tahu anak ada jaundice?
  1. Bawa bayi kepada cahaya, picitkan jari pada kening bayi selama 2 3 saat, angkat jari dan lihat warna yang kelihatan samada pink atau kuning. Sekiranya kuning lekaslah berjumpa doktor.
  • Jika anak menghidapi kekuningan dan ibu menyusukan bayi, disyorkan ibu jangan makan jamu, halia, lada hitam & JANGAN..
  1. jangan mandikan anak dengan ubat sinseh (takut tak dapat bezakan samada kuning ubat atau kuning penyakit ,
  2. jangan beri anak minum susu kambing (ditakuti tak bersih) &
  3. jangan beri minum air masak.
  • Jika terasa sakit/bengkak pada payudara, jangan terus menyusukan anak. Tuam pada payudara, kemudian perahkan susu keluar. Setelah puting agak lembut barulah mula menyusukan bayi semula.
  • Pre Lactal Feeding fact : Pada awal kelahiran, kolustrum adalah memadai kerana 2-3 titik kolustrom = 3 ounz susu ibu.
  • Antara faedah susu ibu kepada bayi :
  1. mengandungi zat yang diperlukan bayi dalam nisbah yang betul
  2. Antibodi untuk bayi
  3. Susu ibu bersih daripada kontaminasi berbanding botol susu yang lifespan hanya 3 bulan
  4. DHA
  5. Eratkan hubungan ibu & anak.
  • Antara faedah breastfeeding kepada ibu :
  1. mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah (tempoh nifas tidak lama).
  2. Melambatkan haid dan menjarakkan kandungan (exclusive breasfeeding for first 6 months) .
  3. Kurangkan berat badan jika disertai dengan senaman.
  4. Mengurangkan possibilities of breast & ovari cancer.
  • Nutrisi semasa laktasi :
  1. Ibu perlu diet tambahan sebanyak 300-500 kalori.
  2. Makanlah makanan yang seimbang kerana ibu perlu protien, kalori, vitamin & mineral.
  3. Minumlah air 8 gelas sehari (atau susu).
  4. Makan lebih buah2an dan sayur2an.
  • Jika puting merekah, ambil sedikit susu badan dan basuh pada puting (boleh gunakan air suam juga) tapi jangan gunakan sabun untuk membasuh puting.
  • Kerap susukan bayi boleh elak bengkak buah dada.
  • Bagaimana sentiasa pastikan susu ibu sentiasa banyak ?
  1. Susukan bayi sekerap mungkin.
  2. Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
  3. Susukan kerap pada sebelah malam
  4. Perah susu badan.
  • Tempoh beku susu
  1. freezer - 3 bulan
  2. Peti sejuk (bhg bawah) - 48 -72 jam
  3. Cool box - 6 -8 jam
  4. Suhu bilik - 4-8 jam.
  • Stokkan susu dengan cara menyimpan yang baru dibelah belakang freezer dan yang lama di bahagian hadapan. Susu boleh distok dalam botol susu khas atau gunakan bekas puding. Stokkan setiap 1 sebanyak 3 Onz.
  • Cara cairkan susu :
  1. Letak susu beku di belah bawah.
  2. Biar pada suhu bilik
  3. Rendam bekas dengan air panas. JANGAN dimasak/direndam dengan air mendidih/guna microwave.

Ceramah Susu Ibu

Hari ni 28/8/09, saya bercuti sebab nak hadiri ceramah susu ibu di Polikilinik Kesihatan Shah Alam Sekysen 7 Shah Alam. Tak lama sangat ceramah, dlm sejam lebih, dari pukul 2.45 ptg sampai 4 ptg. I am glad I went to the class , walaupun mungkin tak semua maklumat dapat dalam masa sejam tu, tapi banyak knowledge yang saya dapat hari ni.

Do you know?
2-3 titik kolustrum (susu awal ibu) = 3 ounz susu ibu.
Subhanallah! Cantiknya kejadian Allah. Bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak kerana perut bayi adalah sebesar genggaman tangan bayi sahaja. Ibu juga memerlukan masa untuk merangsang pengeluaran susu, jadi 2 3 titik kolustrum ini sudah cukup untuk bayi kenyang untuk hari2 awal bayi di dunia.
Myth : Susu awal ini digelar susu basi oleh kebanyakan orang tua dan biasanya 'perlu dibuang' kerana basi. Hakikatnya, ini lah susu yang palingberzat.

Zaman berubah, makanan waktu berpantang juga berubah. Nasihat penceramah, untuk menyusu bayi secara sempurna, diet juga kena seimbang. Tiada lagi "minum air tak boleh banyak", "tak boleh makan buah2 & sayur2 banyak sebab sejuk" dan lain2 pantang. Tetapi..
pesan penceramah, kalau lah memang secara semulajadinya sesuatu makanan tu memang membuat kita berangin, janganlah pulak dimakan semasa pantang.

Apabila saya tahu saya mengandung, benda pertama yang saya beli adalah breast pump berharga RM388. Saya begitu teringin untuk breastfeed anak yang bakal lahir. Kepada yang rasa harga ini mahal, di forum cari ada forumner yang membuat "kutu medela" atau "kutu spectra". Seingat saya, bayaran sebulan adalah RM50 dan pada akhir bulan (biasanya pada bulan di mana anda dijangka melahirkan) anda perlu habiskan bayaran dan dapatkan hasilnya.Anda boleh click pada 2 link di atas untuk cek.

Cerita breastpump saya pulak, saya beli di Modernmum JJusco Bukit Raja. Asalnya saya hanya bertanya saja, tapi bila penjual cakap ada EZpay untuk barangan RM600 ke atas, saya pun beli breastpump Spectra + sedikit barangan lain untuk cukupkan dapat EZPay. Awalnya memang saya nak join kutu tu sementara nak bersalin, tapi cara ni ok jugak.

Mudah2an doa saya untuk nak breastfeed baby diperkenankan tuhan. Kawan2 di opis semua dah bagi saya semangat sebab nak breastfeed ni kena ada support group yang kuat khasnya daripada orang2 tua (mak/mak mertua). Nanti saya nak cari info kalau2 ada doa dan juga list makanan yang dapat membanyakkan susu ibu. Insyaallah akan saya update di sini!Kawan2 yang ada pengalaman breastfeed bolehlah komen di sini, nanti saya updatekan.

Nota dari ceramah susu ibu di sini

Thursday, August 27, 2009

List Barang Baby/Ibu & Apa ada dalam Beg Bersalin?

Ini senarai dapat dari internet. Untuk ibu2 yang dah 2nd,3rd time, maybe dah boleh tau mana yang perlu & tak perlu:

Untuk Bayi - Pakaian
1. Baju:
Size new born 5 pasang
saiz 6-12 bulan 5-7 pasang (beli yang besar lebih, tahan sampai besar sikit)
2. Stokin/sarung tangan dan kaki: 5-7 pasang
3. Sapu tangan: 5 helai
4. Tuala mandi: 2 helai
5. Lampin kain: 1 dozen, multipurpose. Suggested Anakku sebab dia lembut. Sepek RM20/22.
6. Kain bedung: 3 helai
7. Selimut
8. Topi yang sesuai - elok ada topi yang boleh lindung dari panas bukan sekadar fesyen
9. Barut bayi / binder: 10 helai

Dandanan dan Ubatan
1. Minyak telon, minyak yuyi - ade dlm set bersalin
2. Minyak bayi - baby oil, minyak zaitun pure/minyak kelapa dara
3. Syampu, sabun - elok beli pek kecik (travel set) sebab takut kulit baby tak serasi
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik
5. Pembersih hidung - berbentuk seperti hon
6. Krim lampin - boleh beli di farmasi jenama antaranya bepanthen (boleh juga digunakan sbg krim nipple merekah jika menyusu) dan drapolene
7. Lampin pakai buang saiz newborn (jika nak pakai lampin kain boleh juga beli CD, suggested beli pek kecil takut baby tak sesuai dengan jenis diapers)
8. Sikat lembut
9. Kapas muka / cotton ball

Feeding
1. Botol susu
2. puting getah untuk newborn (tengok saiz)
3. Pembersih botol susu

Peralatan
1. Besen mandi beserta getah alasnya kalau tiada - biasanya awal2 kita mandikan kat sinki atau besen kecik je yang ambik dari dapur
2. Stroller - beli lambat sikit pun tak pe.. lepas abis pantang ke
3. Katil bayi - beli lambat pun tak pe.. sebab kebanyakan ibu terutamanya yg menyusu suka baby tido sebelah... senang menyusu dan perasan kalau dia nangis...
4. Kelambu payung - jika rumah ada nyamuk
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby
6. Lapik plastik untuk salin lampin bayi. - sesetengah diaper bag ada ni sekali
7. Tilam bayi - jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu. Boleh juga beli comforter/tilam nipis, nak jalan2 senang
8. Bantal dan bantal peluk

Untuk Ibu
1. Breastpump
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan (boleh juga diisi dalam botol susu, tapi pastikan botol susu punya penutup (seal) - bukan tutup atas bulat tu
3. Barut - ada jugak ibu yg pakai girdle je
4. Batu sungai jika ingin bertungku
5. Stokin tebal
6. Rempah2 untuk ibu dalam pantang utk letak dalam makanan seperti halia, lada hitam, kunyit, bawang putih - ni boleh beli lambat sikit kang kecut semua
7. Nursing bra/Maternity pad
8. Jamu/Set Bersalin

Apa ada dalam Beg Bersalin?

Untuk Baby
1. diapers NB 10 kpg
2. baju 2-3 pasang, seluar tak pakai sbb ada bedung
3. lampin
4. kain sapu tangan

Untuk Ibu
1. kain batik/skirt labuh
2. stokin
3. tudung yg selesa bg yg bertudung
4.- bahan dandanan dan mandian
5. tuala mandi
6. tuala kecik
7. t-shirt yg agak besar untuk BF
8. panties byk2
9. pad sebungkus dua
10. baju utk pakai balik
11. selipar / sandal

Trimesters - 3rd trimester

Badan makin berat
Tak sangka dah hampir 32 weeks of pregnancy. Badan makin berat.Nak jalan pun tak berapa nak larat. Tapi gagahkan jugakla. Solat, saya dah beberapa hari solat duduk. Sebab kalau solat berdiri, bila dah sujud nak bangun semula, hmm..penat sikit.

Cramp
Saya alami cramp kat kaki, hampir tiap2 pagi masuk minggu ke 30 ke atas. Kalau terlampau sejuk (aircon terpasang), lebih mudah kena cramp. Cramp sebab tak cukup calcium (we are sharing everything with the baby now ladies). So kena minum susu lebih.
Saya jugak pakai stokin waktu nak tido. Alhamdulillah it helps.

Berpuasa bulan Ramadhan
Alhamdulillah, saya risau jugak tu kalau2 baby lapar/ tak cukup zat etc. Tapi nampaknya setakat ni OK. Cuma bila dah petang2 sikit, baby suka bergerak2 dan macam ada angin dalam perut. Sahur tak lagi tertinggal setakat hari ni. Oleh sebab saya boleh makan nasi, maka saya makan nasi dan lauk. Menu sahur cuma telur/serunding/ayam goreng bertukar itu aje. Saya suka beli kuih manis2 macam tepung pelita/lopis/pengat pisang (wajar dikurangkan untuk elakkan kencing manis). Makan waktu sahur, terasa kenyang sampai petang. Air pulak hari2 mesti 4 gelas; air masak, susu, milo dan teh (patutnye kurangkan sebab caffein). Lagi satu, makanla kurma sebab dia tinggi gula(sukrosa) yang mudah hadam. Orang kata makan kurma mudah nak bersalin. Sempat jugak saya beli kurma ajwah dari member, setengah kilo RM60 , dapat dlm 60 biji. Lepas la untuk sebulan puasa. Lepas sahur, sebelum azan, mesti berus gigi sebab takut nanti termuntah pulak kalau berus gigi lepas pukul 6+ (mandi pagi).

Berbuka pun saya suka makan yang manis2. Kuih2 tu saya beli banyak sikit, sebab nak simpan untuk sahur. Berbuka tak cerewet. Masak nasi , beli lauk kat pasar ramadhan. Hari minggu kalau terasa nak makan lain sikit, saya masaklah apa yang suami nak makan.

Persediaan bersalin
Jika ke klinik kerajaan waktu ini, anda akan disuruh buat list untuk movement baby. Dalam 12 jam misalnye dari 9 pagi hingga 9 malam, anda diminta rekod setiap kali ada tendangan/ pusingan bayi. Terasa macam cikgu tanda markah pulak..heheh.
Anda juga dah diminta sediakan persiapan bersalin, iaitu beg bersalin. Ni list dari internet untuk apa ada dlm beg bersalin?

Monolog
Sekarang ni saya dah terfikir2, macam mana bersalin tu ye? Sakit yang macam mana? Takut juga fikirkan. Camanapun kena lalui jugakkan. Saya jugak fikir banyak worse scenarios. What if i did not make it? What will happen to the baby and my husband. Bila saya bincang dengan kawan, mereka setuju, memang these are the things they thought of too during the pregnancy. Sampai ada yang pergi tukar penama ASB/Tabung Haji dan simpanan kepada penama yang berkenaan. Mudah2an saya selamat bersalin nanti, kerana saya teringin sangat nak tengok muka baby yang saya tunggu sekian lama :D.

Sepanjang mengandung ni jugak saya banyak berfikir pasal ibu2 mengandung kat mana2 jugak mereka berada; kalau kita dapat kemudahan (boleh berkereta ke pejabat, dapat makanan yang cukup waktu mengandung, ada rumah sendiri untuk berlindung, ada wang untuk beli pakaian mengandung), macam mana dengan ibu2 mengandung yang tak dapat ni semua? Ibu2 mengandung yang miskin, yang ditinggal suami, yang kematian suami..bagaimana nasib mereka?Sedihnya saya :( . Saya berdoa mudah2an mereka semua dilindungi dan dipermudahkan.

Trimesters - 2nd trimester

No more morning sickness!!

Constant headaches experienced in 1st trimester vanished..what a relief.
Muntah2 masih ada tapi sudah banyak berkurang. Masih mengelak untuk makan makanan2 yang boleh membuat perut berangin. Disebabkan ini, selera makan pun bertambah.Nampak semua sedap aje. Waktu biasa saya memang kurang makan, jadi waktu selera tengah bertambah ni, saya ambik peluang la makan banyak2. Banyak pun tak la banyak mana. Berat saya naik constant - 2kilogram setiap bulan.

Paling gembira, saya dah boleh buat kerja macam biasa. Masak pun boleh, nak berjalan2 pun boleh. Kerja ofis pun saya dah boleh buat. Saya rasa suami pun relief tengok saya macam ni. Pada bulan ke 4 pregnancy (May 09), saya travel ke Penang untuk kenduri kahwin kawan. Sepanjang jalan takda mabuk2 pun. Coincidentally, Penang had its durian season; surprisingly saya yang bukan peminat durian ni makan banyak sampai berulas2 durian..Our Penangnite family frens bawa kami naik Balik Pulau makan durian. Saya selalu fikir, Penang ni macam KL aje, shopping complexes, bangunan tinggi2 & bandar besar. Saya silap. Balik Pulau happens to be a hilly area whereby durian & rambutan are planted commercially. We know the durians are nearby the moment we smell them. Singgah tepi jalan, tunjuk durian mana nak, tokey akan kupas2. Dah sudah, bayar dan pergi.

Oh lupa nak mention, ada perubahan pada badan dan muka saya. Muka semakin tembam, siap ada double chin (:D). Ada kenaikan pada bahagian2 tertentu. Selain kat perut tu, untuk ibu2 yang berhajat menyusukan sendiri anak mereka, waktu ni lah, the milk gland will develop. So you know that part of your body will enlarge during pregnancy. Jangan terkejut pulak. Saya tak pasti orang lain, tapi saya sendiri rasa sakit di bahagian punggung. Tak boleh duduk lama sangat. Berjalan pun tak boleh laju2 sangat dan tak boleh berdiri lama. Kadang2 nampak kaki macam membengkak (akhir bulan ke 6). Tapi dia akan surut sendiri. Mungkin bila badan dah naik dah kaki tak boleh tampung berat tu lama, itu yang jadi bengkak.

Pakaian
Waktu ni dah tak boleh lagi pakai baju biasa. Bulan pertama - bulan ke 4, saya masih boleh pakai baju kurung biasa ke tempat kerja. Perut tak berapa besar. Tapi bila dah masuk bulan ke 5 dan ke 6, tak muat dan dah tak selesa lagi. Kena la melabur sikit beli seluar dan baju pregnant. Seluar yang ada poket macam doraemon tu. Boleh cari di Jaya Jusco atau kalau ada budget lebih boleh la beli di Modernmum, Mothercare & seangkatan dengannya. Range harga baju & seluar dalam RM30 - RM Ratus ratus. So pilihla ikut budget anda. Asalkan selesa memakai, tak kira murah atau mahal. Saya dan kawan yang sama2 pregnant setuju yang design baju mengandung tahun ni amat la out. Baju modernmum pulak, banyak lengan pendek.Takde style jubah panjang, hanya ada maxi (takkan nak pakai baju maxi dengan tudung), walaupun corak dan kainnya cantik. Jadi alternatifnya, saya cari baju2 korea yang kembang bahagian bawah tu. Atau cari baju yang size L or XL untuk nak bagi muat bahagian perut.

Orang mengandung memang akan rasa lebih hangat daripada biasa (iklan radio pulak). Maksud saya heaty;panas. Nak pilih baju, kena pilih yang tak panas. Kain cotton/T shirt paling selesa. Mana nak cari blouse cotton/ T shirt tu? Boleh cari di Sogo/Reject Shop/The Store/kompleks PKNS dan pasaraya seangkatan dengannya. Nak jimat, cari la time sale. Dapat 50% or 70%. Dapat banyak helai, boleh tukar2 pakai.
Seluar pulak, saya suka yang macam kain t shirt tu. Ada sehelai yang saya beli di mana? Gedung Hari2..heheh..harga rm25..bawahnya hitam, bahagian atasnya putih berlipat2 (macam langsir pulak saya tengok). Pakai selesa, tak rasa tersekat.
Ada kawan saya pulak, cari seluar yang size extra large, kemudian pin untuk adjustkan ikut pinggang. Macam2 cara lah kan, asalkan bahagia.
Saya silap pergi beli seluar size S (sebab waktu tak pregnant saya pakai size tu dan saya agak cuma perut je akan naik waktu mengandung). Kalau ada rezki pregnant second time, saya ensure saya beli size M, a size larger.

Jangan fikir pakaian luar sahaja perlu perubahan. Yang bahagian dalam pun perlu. Ada yang berjenama ada yang tidak. Saya rasa range harga dari RM5 & above sehelai untuk mama panties & maternity bra plak various. Sekali lagi, pilihla ikut budget. Pakaian ni hanya akan dipakai untuk tempoh 6 - 9 bulan sahaja. Kemudian akan disimpan, dan diguna bila pregnant lagi. Pandai2 la nak pilih yang macam mana.

Detail Scan
Akhir bulan ke 5, gynae suggested buat detail scan untuk tengok keadaan baby samada ada masalah atau tak (hanya untuk tengok samada tulang belakang developed properly , tak boleh tahu samada baby ada down syndrom atau tak).Untuk tahu samada baby ada down syndrom atau tak, ada test on amniotic fluid.A chinese friend did this test and paid about RM 1.8k for it. This will include confirmation on the gender based on the chromosom test. Saya rasa tak ramai orang Melayu Islam buat test ni. Untuk non muslim, they want their babies to be guaranteed healthy and complete; right from the mother's womb, kalau tak ok, I suppose it is ok for them to think of the alternatives (abortion etc). Tapi untuk kita orang Islam, we have to accept the faith and redha.
Detail scan - options like 4D scan- boleh nampak muka, tangan and see the baby movements (video) and 3D also available. We opt for the 3D (still pictures sahaja). Terpulang pada keselesaan masing2. At the end of the scan, we might know the gender of the baby and whether the baby is healthy. The expert told us the baby's gender but we did not worry much about it. What matters, the baby is healthy.

Mid Year Sale & Warehouse Sale
Oleh sebab ada mid year sale, saya dan suami ambik kesempatan beli barang2 bayi. Kalau orang tua mesti tak bagi. Tunggu la samapai dah besar sikit. Hmm..pilih mana mau, baju baby sepasang rm12 & above or 50% of the price? So kami beli la sikit2 ikut list barang baby dalam internet(baju/toiletteries/wipes/ lampin etc). Jangan overdose sebab bukan semua pun pakai. Lagi 1, kalau nak cari barang besar2 macam stroller/playpen/carrier/car seat etc..boleh cuba di warehouse sale. Anakku warehouse sale not bad, playpen yang costs about RM400 kat luar, only costs RM150. Tapi kenala berpanas sikit. Kalau nak cari baju2 pun boleh, sehelai RM3, tapi kena sabar memilihlah. Satu lagi warehouse sale yang ok is Hytex kat Kepong. Saya tak pernah pergi pun.

Ubat
Sekarang tak makan lagi acid folic tapi diganti dengan obimin. Sehari sebiji.

Panjang plak cite nih. Stop dulu. Nanti sambung 3rd trimester pulak.

Saturday, August 22, 2009

Trimesters - Ist trimester

Catatan & pengalaman trimesters saya

1st trimester
Bulan pertama tidak banyak masalah. Mungkin sebab tak tahu diri mengandung, jadi tidaklah kepala terfikir2 nak muntah atau nak mabuk. Bila dapat tau mengandung, mulalah terus nak jadi semua tu.

Morning sickness
Pada bulan ke-2, morning sickness saya agak teruk. Panggilan nya aje morning sickness tapi boleh jadi morning, afternoon, evening & night. Antara 'gejala' morning sickness saya:
1) Kepala pening dari pagi sampai petang.
2) Overly sensitive, sikit2 macam nak menangis.
3) Makan pun tak lalu.
Saya langsung tak boleh tengok ikan (mentah / goreng). Ingat saja dah nak termuntah. Saya
memilih2 menu makanan. Hari2 singgah di stesen minyak/ 7-Eleven sebab nak beli roti telur
for breakfast. Air pulak cuma boleh minum yang sejuk/ais. Kegemaran saya waktu ni sirap ais
dengan air laici (mesti dengan ais lah). Sometimes saya beli aiskrim yang lime + susu sebab
nak bagi perut saya tak kosong. Bau2an bergoreng (sup dan nasi lemak esp) adalah alahan
saya.

Nota : Para suami, pada waktu ni, ada isteri2 yang sangat fragile. Janganlah kecik hati atau marah isteri anda. Berilah support. Kalau dia tak boleh bau nasi lemak/ sup, makan kat luar ye. Jangan bawa balik rumah :D. Untuk yang lama menunggu macam saya, anda mungkin akan lalui perkara sama. Oleh sebab suami akan selalu ditemani ke mana juga dia pergi selama ni, anda mungkin expected to do the same during your pregnancy. So, pandai2 adjust dengan suami la ye.

3) Lain2 yang obvious, saya tak boleh bau sabun basuh / sabun mandi.
Saya tukar jenama sabun basuh sebab yang di rumah terlampau kuat baunya. Saya pun dah
tak mau basuh baju walaupun cuma tekan 1 butang je. Sabun mandi pun ditukar jenama lain.
4) Bau deodarant tu pada saya sangat2 busuk.

Hmm..banyak songeh kan. Maafkan lah kami kaum wanita. Ini hari kami, silalah fahami.
Saya juga dah tak boleh nak masak macam selalu. Macam mana nak masak, bau minyak goreng pun tak tahan.

Bab2 lain, pukul 9 mlm saya dah masuk tidur. Sebenarnya saya tidur awal untuk elakkan daripada fikir saya morning sickness dan sewaktu dengannya. :D.

Oh bab muntah, waktu2 yang selalunya saya muntah, waktu pagi masa gosok gigi, lepas breakfast dan pada lewat petang.
Alhamdulillah, semua ni cuma jadi waktu 1st trimester sahaja. (bulan ke 2 - bulan ke 3). Lepas tu semua hilang, tapi lain pulak jadinye. He2.

Mengidam
Mengidam? Seingat saya, saya cuma teringin nak makan buah berangan. Berpusing suami cari sampai ke Sg. Buloh. Lepas dah pusing2 tak jumpa, rupa2nya ada kiosk jual buah berangan di JJ Bukit Raja. Lah..belakang rumah aje. Kami pun pergilah beli. Puas memusing, saya cuma makan 2-3 biji. Itupun perut dah berangin. Rasa tak selesa.

Bab2 perut berangin, saya notice makanan macam kekacang tu baik dielakkan waktu ni. Makanlah makanan yang dapat elakkan kita dr stomach upset . Untuk saya, roti telur, benjo & fries membantu. Untuk makanan yang kurang berminyak , saya cuba ayam kenny rogers yang original dan bukannya black pepper (parak nak makan hari2 :D). Ada waktu saya cuma makan benjo je untuk dinner for 1 week straight. Black pepper dengan cheese pun saya tak boleh makan. Kalau makan,kejap lagi mesti buwekk!

Kerja harian
Hmm. Ini sikit masalah. Waktu tau mengandung, saya tak mau share lagi dengan sesiapa di tempat kerja. Boss & colleague , kalau boleh saya nak bagitau bila dah besar sikit. Tapi tak dan. Waktu ni saya berdepan pressure kerja , kena kerja malam and ada project DR untuk system yang kami support. So rahsia pecah bila saya dah tak larat sangat standby keje dari kol 12 malam sampai kol 2 petang esoknya. Saya soh kawan ganti, alasan, "aku tak larat, aku pregnant".. :D.
Bosses, please understand ye, ibu mengandung ni bukan sama je semua symptomnye. Ada yang elok dari awal sampai habis, ada yang tak ok dr awal . Fahamilah .. :D.

Gynae Visit
Pada akhir bulan ke 3, saya melawat klinik UMRA di seksyen 13 shah alam. Saya gak pergi buat 'buku merah' kat klinik kerajaan Shah Alam seksyen 7. Di Umra, scan dibuat setiap visit. So bila baby dah ada heartbeat tu, sikit jakun lah!Suami pun macam terkedu dengar heartbeat yang super laju tu.Walaupun waktu ni baby bukanla dalam form seperti baby pada 6/7 bulan.

Ubat kena sentiasa makan, kena makan acid folic je waktu ni. Ujian darah tunjukkan saya anemic (Hemoglobin (HB) kurang dr 11MG%). Ubatnye, kena tambah makan ferrous (besi), sehari sebiji. Saya, bila makan ubat, akan segera nak termuntah. Macam mana nak buat ni ? Saya makan ubat sebelum tidur. Kalau tidur takkan nak termuntah kan. Hasilnya alhamdulillah, darah saya back to the good benchmark. Selain tu bolehla cuba makan kurma, makan sayur macam bayam tu banyak2 sikit (nurse kata semangkuk, ya Allah!), kerang tapi make sure kerang masak betul, takut ada kuman pulak.

MC
Apa nak komen? Kalau saya bangun pagi dan rasa memang langsung tak selesa (sometimes back pain), saya akan jumpa doc. Org mengandung memang tak susah nak dapat MC. Camanapun kenala kita sendiri timbang2 dan fikir..mengandung bukan lesen nak dapat MC. Jadi saya MC bila sangat2 dah tak tahan nak pergi kerja. Sebulan 1 MC. Hmmm..

Nanti sambung ye..:D
Note: Lagi Amalan mendapatkan zuriat telah diupdate. Will keep updating it.

Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah semalam kita dah berpuasa hari pertama untuk tahun ini.
Alhamdulillah saya tidak terkecuali. Bersahur, berpuasa, membeli juadah berbuka, berbuka & berterawikh dapat juga saya sempurnakan. Mengandung bukanlah halangan walaupun saya risau kesihatan kandungan. Selepas sehari, nampaknya belum timbul masalah, mudah2an sampai 30 hari kami berpuasa.

Untuk kawan2 yang sedang mencuba mendapatkan zuriat, dalam bulan Ramadhan ni ada banyak waktu2 yang makbul berdoa. Antaranya :
1) Malam lailatul qadar
2) Pada bulan Ramadhan itu sendiri
3) Ketika membaca Al Quran terutama waktu khatam
4) Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.
Maka kawan2, marilah cari waktu2 itu.

Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk memohon ribuan maaf jika ada salah silap saya. Sepatutnya sebelum Ramadhan kena minta maaf ni :).

Sunday, August 9, 2009

Lagi amalan untuk mendapatkan zuriat

Ini antara amalan2 yang boleh dibuat dalam usaha mendapatkan zuriat:

1) Amalkan zikir "Ya Musawwir!". Sekiranya seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari Ahad
hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut
utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.

--Khasiat As'maul Husna

2) Zikir Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"

3) Amalkan banyak bersedekah.

4) Amalkan membaca surah Ar-Rahman supaya terbuka pintu rezeki.

5) Solat hajat & berusaha mencari waktu yang makbul berdoa. Panduan berdoa di sini. Adab berdoa di sini

6) Amalkan banyak berselawat ke atas Nabi. Selawat yang biasa kita dengar seperti ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD. Anda boleh juga cuba selawat yang lebih panjang seperti selawat tafrijiyah atau selawat tunjina , mudah2an dimakbulkan hajat.

Selawat Tafrijiyyah




Maksudnya:

Terjemahan:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

diambil dari : darussyifa' online

7) Pada hari Jumaat, mulai Asar hingga Maghrib, duduklah berzikir
"Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah" dan apabila menghampiri azan Maghrib, berdoalah
"Ya Rahman, Ya Rahim Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh" (atau apa2 hajat lain).
Amalkan 3 Jumaat berturut2 mudah2an hajat dimakbulkan.
Nota : tips dipetik dari ceramah ustazah Fatimah Az-Zahra di Astro.
Hari Jumaat , biasanya saya sampai ke rumah lewat, untuk duduk berzikir agak
sukar, jadi dalam perjalan balik dalam kenderaan, saya bacakan saja.

8) Amalkan doa Nabi Zakaria:

Terjemahan:
Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan
Engkau adalah waris yang paling baik - Al Anbiyaa' ayat 89

dipetik dari : blog doa

Akan saya update list ini. Kena cari dalam buku nota :D.

A Whole New Journey

Blog ini selain untuk berkongsi pengalaman, saya juga berhasrat nak jadikan jurnal untuk diri saya sendiri. 2 in 1 la ni.
Nanti bila free saya nak coretkan kat sini pengalaman 1st trimester, 2nd trimester and yang seterusnya.
Manusia ni pelupa, so kalau ada catatan Insyaallah boleh dijadikan rujukan.

Terbaru, semalam , saya dan suami ke DEMC untuk 1st appointment saya dengan Dr Norleen.
Cadangnya nak bersalin di situlah. Sebelum ini saya checkup di UMRA seksyen 13 denan Dr Ummul dan juga di klinik kesihatan seksyen 7. Hey, checkup di kerajaan not badlah. Walaupun tunggu 2 jam +-, tapi selalunya checkup adalah thorough (urine, blood, pressure etc except for scanning).

Ramainya umat di DEMC haritu. Appt saya between 9 a.m - 12 p.m. Dah lewat datang tu kan, kenala tunggu giliran. Average visit per couple dalam 20 minutes.

Dr Norleen appears to be a very sweet and patience doctor. She smiles a lot and has a positive aura around her. It makes me wonder , can I be like her? She seems to be a person who can encourage another person to be positive.

Nothing unrare on this visit. Baby already weighs 1.3-1.4kg, and the gender was once again confirmed. (Surprise!!). To me and husband, gender does not really matter, as we will always treasure this baby. Having the experience is already a bless but it is extremely true that setiap bayi itu telah ditentukan rezekinya.

Saturday, August 8, 2009

Amalan Mendapatkan Zuriat

1) Si-isteri hendaklah mengira tarikh yang dia akan subur. Perlu dia dan suami meminum air zikir bermula hari 10 sebelum masa subur.

2) Zikir berikut hendaklah dilengkapkan dalam masa 1 minggu, dan mula di minum air hembusannya dalam masa 1 minggu.

SubhanALLAH walhamduLILLAH wala ilaa ha ILLAH hu waLLAH hu Akbar 5,000x

3) Menantikan waktu tersebut, suami hendaklah minum setiap malam sebelum tidur, untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli.

4) Menantikan waktu tersebut, isteri hendaklah minum samada setiap malam, atau pada awal pagi sebelum sarapan untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli, dicampur 1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis).

5) Masuk hari 10 dari waktu subur, suami dan isteri

5a) minum air zikir segelas sehari

5b) hendaklah melakukan urutan di perut mereka menggunakan tangan kanan. Arah urut dari pusat ke ari-ari sambil menyebut YA RAZAK 33x. (jangan lakukan terbalik atau pusing-balik)

6) Semasa waktu subur, jangan lupa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh, atau soleha.

Dipetik dari : Amalan Mendapatkan Zuriat

Nota :
Bagi yang nak mencuba, saya sendiri menggunakan :

1) susu segar dutch lady atau magnolia (range harga rm4 - rm5 seliter),
2) madu khaula asli (range harga rm60-rm65 sebotol , di pasar seksyen 6 shah alam, penjual boleh bagi diskaun sedikit)
3) badam dalam peket beli di pasaraya (balik rumah kisar kasar2 sedikit dan simpan dalam bekas kedap udara)
4) serbuk cinnamon beli di pasaraya.

Disyorkan juga melakukan solat hajat agar hajat dimakbulkan. Insyaalah DIA maha mendengar.

Rezeki Yang Tak Diduga

IVF

Tahun ini, tahun 2009, setelah berfikir2 ..kami sepakat untuk buat IVF.
Ape pulak tu IVF? Ini teknik yang lebih advance daripada IUI.

Sperm suami dan telur isteri akan disatukan dan akan di freeze kan. Pada waktu yang sesuai, benih yang telah disenyawakan ini, akan dimasukkan dalam rahim isteri. Sekiranya ada rezeki, benih ini akan melekat terus dan menjadi baby lah.
Jika tidak, akan ada proses ulangan sehingga berjaya.

Hala tuju kami adalah ke HUKM Specialist, Tingkat 7, HUKM. Selepas terangkan history serba sedikit to the specialist, Prof Dr Zainol, kami ditetapkan untuk dtg 2 bulan dari tarikh lawatan pertama kami. Dr Zainol kata, kena datang ambil ubat, then makan/cucuk..lepas tu baru buat IVF. Kalau telur lebih dr satu and nak freeze kan selebihnya, there are other charges. Setakat procedure IVF (tanpa storage), kosnya adalah RM12k setiap kali, regardless gagal atau berjaya.

Dr Zainol bekalkan saya dengan pil asid folic sebagai persediaan untuk IVF nanti.
Sekali berjumpa berserta ubat itu, kosnye lebih kurang RM174. (di fertility center macam Damansara Specialist atau Gleneagles , harga sekali visit dan kos IVF adalah lebih tinggi. Lebih kurang 18k and above).

Di HUKM , kami diberitahu, success rate for IVF is around 30%. 10 pasangan yang datang IVF, kemungkinan 3 pasangan akan berjaya.

Pening jugak kan? 12k sekali, kalau tak berjaya nak 12k lagi. Saya memikirkan kalau tak berjaya waktu percubaan pertama, maksudnya kena sedia duit lebih.
Saya memang takut berhutang banyak. Adakah wajar berhutang untuk mendapatkan zuriat? Soalan itu saya sendiri tak dapat jawap. Tapi saya dah fikirkan juga option membuat loan tu, andaikata tak berjaya pada percubaan seterusnya. Setakat IVF pertama mungkin kos tu masih boleh disediakan lagi. Fikiran sangat buntu. Kalau saya dah start buat, it would be better to continue. Waktu ini berat hati saya katakan, TIDAK PERLU IVF. Tapi hati berbelah bagi, kalau tak cuba mana lah kita nak dapat hasil.

Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang tak dapat kita lalui. Dengan fikiran buntu, saya sekali lagi minta pandangan ustaz yang pernah menolong FIL saya dulu. Dia banyak beri saya pandangan dalam hidup. Selalunya saya minta dia ajarkan ayat2 quran yang dapat membantu saya menghadapi masalah saya. Kali ini saya bertanya pada dia apa patut saya buat?

Sebenarnya saya pernah minta dia rawat kami suami isteri berkenaan masalah zuriat ini. Tapi takdirnya, dia pun agak sibuk dengan kerja harian dan mungkin juga belum berjumpa cara yang sesuai bagaimana.
Tapi entah macam mana kali ini, lancar saja dia menyebut, Kamu buatlah solat istikharah, minta petunjuk. Insyaallah akan Allah tunjukkan jalan. Dia juga tunjukkan saya 1 kaedah pemakanan dan zikir. Nanti dihujung posting ini akan saya link kan kepada kaedah itu.

Jadi, dalam masa menunggu IVF tu, kami amalkan jugak lah kaedah ini.

Untuk yang ingin mencuba, anda bolehla cuba kaedah yang saya sendiri pandai2 namakan, HONEY-ALMOND-CINNAMON ini. (Dah tau kan mana datangnya nama blog ni? :D)

Pesanan saya, kalau baca kena buat 5k zikir, jangan tersentak atau ternganga atau terus tak mau cuba. 5k zikir dibahagi 7 hari dibahagi 2 orang (suami isteri) dibahagi 5x solat lima waktu. Apa sangatlah nak dibandingkan dengan masa kita tengok slot cerekarama (1 jam) atau berinternet berejam2. Jangan marah, saya hanya buat perbandingan mudah sahaja. :D.

Untuk saya dan suami, nampaknya kaedah ini berkesan. Dalam waktu menunggu IVF tu, pada bulan yang pertama menunggu, saya tiba2 rasa seperti terlalu mengah untuk berjalan laju. Saya suspek saya ada low blood pressure seperti yang pernah saya alami dulu. Bertangguh2 nak jumpa doktor, akhirnya satu hari saya pergi juga ke klinik mengadu hal. Klinik doktor tu cuma sepelaung je dari opis saya..hanya 10 tapak. Saya bg tau bos, saya nak ke klinik kejap, rasa tak sihat. Saya keluar bawa medical chit.

That lady doktor tanya saya :

LDoc : Sakit ape?
Me : Saya selalu mengah..tak boleh jalan laju2.
LDoc : Ada sakit ape lagi.
Me : Tak ada.
LDoc : OK tak apa. Kita buat test sikit ye.

She did a blood pressure test on me. Everything was fine. Hesitated to let me leave as no indication of any problem, she then said,

LDoc : OK kita buat urine test ye, tengok kalau ada masalah lain. Nanti u keluar and bagi urine , then tuggu kat luar kejap.
Me : OK

I did what was told and waited. Then nama kena panggil.

LDoc : Hmm..Puan, tahniah, puan ni mengandung.
Me : (Stunned, with undescribable mixture of feelings, do not know whether to cry or smile) Ye ke doktor? (3-4 x tanya).

Just when I had finally digested the fact, I said thanx to the doctor and left. Jalan balik perlahan2 ke opis, duduk kat seat, then still thinking. Took my phone and sent a message to suami, "Congrats , you are going to be a daddy :D"

Hari itu saje, saya buat 3x pregnancy test. Once kat klinik, once more after lunch sebab masih tak percaya "BETUL KE?", and once more kat rumah sebab suami tak percaya langsung ingatkan saya main2. Macam mana orang yang masih tak percaya nak bagi percaya orang lain yang tak percaya <--- percaya tak? Seeing the 2 lines occured to be the most happiest thing in our lives. Eventually , we finally get hold of the fact that yes, there is soon to be another human being inside my womb, and yes it will be a great journey ahead of us. THANK YOU ALLAH for this rezeki, Syukur alhamdulillah.

Friday, August 7, 2009

Perjalanan Yang Sangat Panjang (III)

Rawatan Islam
Masa terus berlalu. Setiap kali datang Ramadhan, setiap kali jugakla saya berdoa mudah2an kami akan beraya ber-3 pada Syawal akan datang.

Tahun 2007, bapa mertua saya telah disahkan mengalami pnemonia. He was admitted to the ICU and once was in coma. I knew my husband was feeling down and too sad to mention about it. Doktor hanya kata peluang FIL hanyalah 50-50. Kuman telah merebak ke paru2 dan nothing else they can do.

Sebulan Ramadhan, tiap2 weekend kami ulang alik Kuantan melawat FIL.

Dalam pada buntu mencari penawar, terasa nak mencuba cara rawatan Islam. Saya cari ustaz lepasan DarusSyifa', minta didoakan FIL. Kemudian beli air zam2 untuk ditambah pada pek susu FIL. Waktu itu dia dah tak makan melalui mulut tetapi tube. Wire berselirat kat seluruh tubuh. Kantung gas pulak selalu diletak pada mulut. How critical is that?
Waktu tu, seorang lagi Ustaz dari KIPSAS Kuantan kami jemput ke bilik ICU untuk bacakan ayat2 suci / doakan abah. Saya juga dapatkan pandangan dari seorang lagi ustaz anak buah Ustaz Ismail Kamus dan dia berikan saya ayat2 quran untuk dibaca dan diniatkan pada abah.

Eh,kenapa pulak cerita ni semua. Tengokla tajuk. Perjalanan Yang Sangat Panjang..jadi berjela lah sikit..:)

Akhirnya, pada hari raya tahun itu, abah pulih. Doktor pun tiada explanation. Hujung2nya cuma mereka kata, mungkin antibodi abah kuat.

Hmm, I would have guessed that this is the 'path' to be chosen for me. But, I am only human. Masih tidak nampak lagi walaupun jalannya di depan mata.

Perjalanan Yang Sangat Panjang (II)

Rawatan Tradisional
Tidak banyak catatan mengenai rawatan tradisional.
Berurut dengan bidan untuk mengetahui kedudukan rahim. Tidak banyak masalah.

Pernah sampai ke luar KL untuk berubat, suruh makan pil tradisional.
Pernah kena suruh makan telur rebus jampi etc etc.

Suggestion saya, bila mencari tempat berubat, carilah perawat yang betul. Elakkan daripada berjumpa perawat yang mempunyai cara rawatan bercampur2. Contohnya awal baca Bismillah, di tengah2 sudah jadi jampi mentera. Elakkan juga perawat (bomoh) yang suka beri barang2 seperti tangkal atau wafa'. Nak bezakan perawat dan bomoh sila ke sini

Selepas semuanya tidak berhasil , we decided to remain idle fr modern & traditional treatments for a certain period.While remaining idle, I started to buy/try all kinds of traditional remedy. Jus Bidadari, Jus Kurma etc etc. Asal saja orang suggest, affordable , I will try them. Walaupun cara ini juga tak berhasil, I was happy because I consumed good food (hehe).

Perjalanan Yang Sangat Panjang (I)

Dah cuba ke Pakar? Berurut? IUI ? IVF ? Cara tradisional atau cara moden?
You name it..people will have bizzillion suggestions for you to follow..
Now the question is : WHICH ONE?
As far as I can remember, we have tried almost each path.

I suggest for a start, couple to pay a visit to any recomended gynaes; to check on both of you. Pilihlah yang bersesuaian dgn budget/lokasi/masa anda.

Preliminary checking sangat penting. Sebelum memilih apa2 rawatan, make sure you know your condition well. There are chances that both husband and wife are perfectly normal, there are sometimes issues on either side of the party. Be sure to locate your issues before proceeding with any treatment.

IUI Treatment
After 3-4 years of trying, we decided to go to LPPKN, a gov clinic located opposite Medan Mara KL. Waktu itu usia saya dan suami 27 tahun.
A friend of mine had successfully undergone fertility treatment(IUI). She conceived with her first baby on the 3rd attempt.
Harga rawatan di LPPKN untuk IUI adalah bergantung kepada dos ubat. Seingat saya permulaannya tidaklah begitu mahal , tetapi kos akan naik berperingkat sekiranya percubaan IUI gagal.

Sebelum membuat IUI, suami akan diperiksa terlebih dahulu. Sample semen diambil untuk menentukan samada sperm count adalah normal atau terdapat sebarang masalah pada benih , juga untuk keperluan IUI pada later stage. Untuk isteri pula, darah diambil untuk dilihat kadar hormon dan lain2 perkara perlu. Unfortunately I have a hormone fluctuation issue (hormon yang tidak tetap). Bermaksud, possibility untuk ovum dihasilkan mungkin tinggi pada bulan ini dan rendah pada next ovulation. Despite the issues, Dr Ghaffar fr the LPPKN suggested us to proceed with IUI.

Saya telah membuat 3 kali percubaan. iaitu lebih kurang masa rawatan 3 bulan kerana untuk setiap cycle perlu menunggu selepas waktu period.

Ubat2an yang diambil :
Cycle 1 --> Clomid berupa pil untuk menggalakkan ovulasi.

Apa tu fertility treatment?
Bahasa mudah : rawatan untuk membuat suami/ isteri subur.
Biasanya wanita mengeluarkan 1 ovum pada setiap ovulasi, dengan memakan ubat subur, ovum dikeluarkan mungkin lebih dari 1. Itu antara penyebab wanita yang melalu fertility treatment mempunyai high chances untuk mengandung kembar.

Apabila tiba masanya, rahim isteri akan discan untuk melihat sekiranya ada telur dgn saiz yang bersesuaian bagi proses IUI. Seingat saya waktu ini, 3/4 telur telah terhasil kerana penangan clomid.

Apabila tiba hari subur, isteri diminta ke klinik untuk proses memasukkan sperm. Doc akan guna tiub plastik seperti bentuk separa U, yang mana sperm suami akan dimasukkan ke dlm rahim menggunakan tiub ini.

Result : percubaan pertama saya GAGAL.
Reason : Period datang 3/4 hari dari tarikh sepatutnya.
Kos setakat ini : RM300
Nota : Saya menangis kerana tidak faham kenapa dengan telur dan sperm yang normal , percantuman tidak berhasil tetapi kami tak putus asa. Decided to do the 2nd cycle.

Cycle 2 & 3 --> Ubat telah berubah , daripada pil kepada liquid yang perlu dicucuk masuk ke dalam badan melalui kulit perut.

Sounds scary? Memang sedikit scary. Saya menolak untuk suami tolong cucukkan ubat tu pada kulit perut. NGERI! Sebab dia bukan doktor.
Untuk org yang kurang tabah macam saya, saya pilih untuk cucuk sendiri. Masuk dalam bilik, kunci rapat takut suami nampak dan takut2kan. (hehe). Ade beberapa hari perlu lakukan ulangan mencucuk ubat ni. Ingat2 lupalah..mungkin 3 hari.
Ubat tu dalam botol kaca.Kena store dalam peti ais. Kemudian ulangan yang sama, pergi scan telur, then IUI.

Result : percubaan ke 2 & 3 juga GAGAL.
Kos setakat ini : percubaan ke 2 - RM500+
percubaan ke 3 - RM700 - RM1k
Nota : Masih lagi menangis :D

Pada akhirnye we decided to stop this treatment and consider rawatan tradisional pulak. Nanti sambung ye!

What's with honey-almond-cinnamon?

What's with honey-almond-cinnamon?
Assalamualaikum and hi to all parents-to-be.
It has been a great 7 months journey for me so far. I have passed the 3rd trimester now, and still surviving.

It was not all bed of roses. Seperti pasangan lain, kami juga impikan zuriat yang comel. Hanya kami menunggu sedikit lama; HANYA 8 tahun :)
Syukurlah ada rezeki kami tahun ini.

Penantian itu penyeksaan. Saya setuju. Depress, low self esteem, feeling incomplete adalah perkara biasa, lebih2 lagi kalau orang asyik bertanya. Ada yang perli dan ada yang siap suggest perkara yang menusuk hati lah.(pasang lain lah, ape lagi).

Alhamdulillah Allah beri kesabaran pada kami, I am so grateful to my husband for being such a patience fella, never once did he lost the faith in me and for being so supportive and strong hearted. I know, you have been thru a lot too.
Hey jangan tak tau, lelaki kalau mengutuk lagi kaw2 dari makcik anyam ketupat ye!:D.
Tidak ape, telah kami maafkan kesemua mereka.

Saya berhasrat berkongsi suka duka pengalaman kami suami isteri.
Untuk mereka yang masih menanti, jangan berhenti berharap dan berdoa. Allah itu Maha Mendengar. Adakalanya apabila harapan seperti sudah pudar, dan cuma air mata menjadi teman, jangan berhenti berusaha. Kalau hati terhiris mendengar kata2 manusia, La Tahzan (janganla bersedih)> Maafkan orang2 sebegitu. Mereka mungkin lebih berusia tapi mereka kurang matang dan kurang pengalaman hidup.
Selalulah berbalik kepada Nya. Mengadulah pada Dia.
Insyaallah ada hasil yang menanti.