Friday, September 25, 2009

Petua Menjaga Bayi Dalam Pantang

Maaf, tak dapat cari source nya:

Petua Menjaga Bayi Dalam Pantang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)

1) Bagi baby yang baru lahir, selalulah gunakan minyak telon untuk disapu ke seluruh badannya utk memastikan bayi sentiasa dlm keadaan selesa dan tidak kembung.

2) Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat
kembung dan penyakit pasang.

3)Sekiranya bayi kembung perut, cubalah mengurut belakang betisnya secara perlahan2 ...bayi akan selesa dan juga gunakan inggu (boleh di dapati di kedai India menjual ubat). Cairkan inggu itu dgn air suam dan
sapukan di perutnya. Inggu itu berbau busuk sikit.

4)Bagi bayi yang baru tanggal tali pusatnya, biasanya spirit tidak akan dibubuh lagi di bhg pusat itu. tetapi sebaik2nya, bubuh lah spirit itu di pusatnya sehingga ianyna benar2 kering. Adakalanya akan keluar
sedikit darah kering....kotoran itulah yang perlu dibersihkan.

5) Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan dia, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

2 comments:

  1. petua yg aku amalkan:

    kalau baby boy lepas mandi tuam perut n buah dgn daun sireh. Bila dah tanggal tali pusat, masukkan dlm satu uncang kain yg boleh dibuat kain tuam. Tuam dgn tali pusat kat dlm tu, utk elak kembung perut kata org2 tua. Utk baby girl pun sama kat vagina utk elakkan keputihan bila dia besar esok.

    Esok lusa bila dah ada anak sorang lagi, tali pusat tu boleh dimasukkan dlm uncang yg sama, utk eratkan hubungan adik beradik. Kata org2 tua la...

    Utk uri pulak, seelok2nya ditanam kat bawah pokok yg rendang supaya sejuk, atau kat tgh simpang supaya dia akan berjalan jauh bila besar nanti, lepas tu buat unggun api atas tanah tpt tanam uri utk elakkan baby kembung (tapi yg ni aku tak pernah buat pun)

    Sapu minyak yu yee oil kat tapak kaki (aku suka yu yee oil sbb wangi)

    ReplyDelete
  2. Salah satu cara yang saya selalu guna kalau nak tahu baby nangis sebab kembung atau tidak adalah dengan angkat bayi yang baring tu dukung menegak. Jika dia berhenti menangis, mungkin sebab dia kembung.

    ReplyDelete