Do you know?
2-3 titik kolustrum (susu awal ibu) = 3 ounz susu ibu.
Subhanallah! Cantiknya kejadian Allah. Bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak kerana perut bayi adalah sebesar genggaman tangan bayi sahaja. Ibu juga memerlukan masa untuk merangsang pengeluaran susu, jadi 2 3 titik kolustrum ini sudah cukup untuk bayi kenyang untuk hari2 awal bayi di dunia.
Myth : Susu awal ini digelar susu basi oleh kebanyakan orang tua dan biasanya 'perlu dibuang' kerana basi. Hakikatnya, ini lah susu yang palingberzat.
Zaman berubah, makanan waktu berpantang juga berubah. Nasihat penceramah, untuk menyusu bayi secara sempurna, diet juga kena seimbang. Tiada lagi "minum air tak boleh banyak", "tak boleh makan buah2 & sayur2 banyak sebab sejuk" dan lain2 pantang. Tetapi..
pesan penceramah, kalau lah memang secara semulajadinya sesuatu makanan tu memang membuat kita berangin, janganlah pulak dimakan semasa pantang.
Apabila saya tahu saya mengandung, benda pertama yang saya beli adalah breast pump berharga RM388. Saya begitu teringin untuk breastfeed anak yang bakal lahir. Kepada yang rasa harga ini mahal, di forum cari ada forumner yang membuat "kutu medela" atau "kutu
Cerita breastpump saya pulak, saya beli di Modernmum JJusco Bukit Raja. Asalnya saya hanya bertanya saja, tapi bila penjual cakap ada EZpay untuk barangan RM600 ke atas, saya pun beli breastpump Spectra + sedikit barangan lain untuk cukupkan dapat EZPay. Awalnya memang saya nak join kutu tu sementara nak bersalin, tapi cara ni ok jugak.
Mudah2an doa saya untuk nak breastfeed baby diperkenankan tuhan. Kawan2 di opis semua dah bagi saya semangat sebab nak breastfeed ni kena ada support group yang kuat khasnya daripada orang2 tua (mak/mak mertua). Nanti saya nak cari info kalau2 ada doa dan juga list makanan yang dapat membanyakkan susu ibu. Insyaallah akan saya update di sini!Kawan2 yang ada pengalaman breastfeed bolehlah komen di sini, nanti saya updatekan.
Nota dari ceramah susu ibu di sini
No comments:
Post a Comment