Nota saya:
- Ada ayat Quran mengenai tempoh ibu menyusukan anak sekurang2nya sehingga umur anak 2 tahun.
- Exclusive breastfeeding ialah apabila bayi disusukan selama 6 bulan sepenuhnya tanpa dicampur makanan tambahan / susu formula /hatta air masak sekalipun.
- Makanan tambahan hanya diberikan selepas umur bayi 6 bulan.
- Keraplah susukan bayi pada sebelah malam untuk rangsang penghasilan susu.
- Bila untuk mula menyusukan bayi? Iaitu secepat mungkin selepas bayi dilahirkan (by demand) untuk merangsang susu.
- Bayi menyusu 8-12 kali sehari kerana susu ibu mudah hadam.
- Bayi yang menghidap 'kuning'/jaundice akan lebih suka tidur. Ibu kena peka dengan keadaan, jangan dibiarkan bayi tidur lama, ditakuti jaundice.
- Bagaimana tahu anak ada jaundice?
- Bawa bayi kepada cahaya, picitkan jari pada kening bayi selama 2 3 saat, angkat jari dan lihat warna yang kelihatan samada pink atau kuning. Sekiranya kuning lekaslah berjumpa doktor.
- Jika anak menghidapi kekuningan dan ibu menyusukan bayi, disyorkan ibu jangan makan jamu, halia, lada hitam & JANGAN..
- jangan mandikan anak dengan ubat sinseh (takut tak dapat bezakan samada kuning ubat atau kuning penyakit ,
- jangan beri anak minum susu kambing (ditakuti tak bersih) &
- jangan beri minum air masak.
- Jika terasa sakit/bengkak pada payudara, jangan terus menyusukan anak. Tuam pada payudara, kemudian perahkan susu keluar. Setelah puting agak lembut barulah mula menyusukan bayi semula.
- Pre Lactal Feeding fact : Pada awal kelahiran, kolustrum adalah memadai kerana 2-3 titik kolustrom = 3 ounz susu ibu.
- Antara faedah susu ibu kepada bayi :
- mengandungi zat yang diperlukan bayi dalam nisbah yang betul
- Antibodi untuk bayi
- Susu ibu bersih daripada kontaminasi berbanding botol susu yang lifespan hanya 3 bulan
- DHA
- Eratkan hubungan ibu & anak.
- Antara faedah breastfeeding kepada ibu :
- mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah (tempoh nifas tidak lama).
- Melambatkan haid dan menjarakkan kandungan (exclusive breasfeeding for first 6 months) .
- Kurangkan berat badan jika disertai dengan senaman.
- Mengurangkan possibilities of breast & ovari cancer.
- Nutrisi semasa laktasi :
- Ibu perlu diet tambahan sebanyak 300-500 kalori.
- Makanlah makanan yang seimbang kerana ibu perlu protien, kalori, vitamin & mineral.
- Minumlah air 8 gelas sehari (atau susu).
- Makan lebih buah2an dan sayur2an.
- Jika puting merekah, ambil sedikit susu badan dan basuh pada puting (boleh gunakan air suam juga) tapi jangan gunakan sabun untuk membasuh puting.
- Kerap susukan bayi boleh elak bengkak buah dada.
- Bagaimana sentiasa pastikan susu ibu sentiasa banyak ?
- Susukan bayi sekerap mungkin.
- Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
- Susukan kerap pada sebelah malam
- Perah susu badan.
- Tempoh beku susu
- freezer - 3 bulan
- Peti sejuk (bhg bawah) - 48 -72 jam
- Cool box - 6 -8 jam
- Suhu bilik - 4-8 jam.
- Stokkan susu dengan cara menyimpan yang baru dibelah belakang freezer dan yang lama di bahagian hadapan. Susu boleh distok dalam botol susu khas atau gunakan bekas puding. Stokkan setiap 1 sebanyak 3 Onz.
- Cara cairkan susu :
- Letak susu beku di belah bawah.
- Biar pada suhu bilik
- Rendam bekas dengan air panas. JANGAN dimasak/direndam dengan air mendidih/guna microwave.
Salam,
ReplyDeleteAyat Al-Quran dr Surah Al Baqarah ayat 60, semasa baca tekapkan tangan di payudara.
Semoga berjaya.