Thursday, August 27, 2009

Trimesters - 3rd trimester

Badan makin berat
Tak sangka dah hampir 32 weeks of pregnancy. Badan makin berat.Nak jalan pun tak berapa nak larat. Tapi gagahkan jugakla. Solat, saya dah beberapa hari solat duduk. Sebab kalau solat berdiri, bila dah sujud nak bangun semula, hmm..penat sikit.

Cramp
Saya alami cramp kat kaki, hampir tiap2 pagi masuk minggu ke 30 ke atas. Kalau terlampau sejuk (aircon terpasang), lebih mudah kena cramp. Cramp sebab tak cukup calcium (we are sharing everything with the baby now ladies). So kena minum susu lebih.
Saya jugak pakai stokin waktu nak tido. Alhamdulillah it helps.

Berpuasa bulan Ramadhan
Alhamdulillah, saya risau jugak tu kalau2 baby lapar/ tak cukup zat etc. Tapi nampaknya setakat ni OK. Cuma bila dah petang2 sikit, baby suka bergerak2 dan macam ada angin dalam perut. Sahur tak lagi tertinggal setakat hari ni. Oleh sebab saya boleh makan nasi, maka saya makan nasi dan lauk. Menu sahur cuma telur/serunding/ayam goreng bertukar itu aje. Saya suka beli kuih manis2 macam tepung pelita/lopis/pengat pisang (wajar dikurangkan untuk elakkan kencing manis). Makan waktu sahur, terasa kenyang sampai petang. Air pulak hari2 mesti 4 gelas; air masak, susu, milo dan teh (patutnye kurangkan sebab caffein). Lagi satu, makanla kurma sebab dia tinggi gula(sukrosa) yang mudah hadam. Orang kata makan kurma mudah nak bersalin. Sempat jugak saya beli kurma ajwah dari member, setengah kilo RM60 , dapat dlm 60 biji. Lepas la untuk sebulan puasa. Lepas sahur, sebelum azan, mesti berus gigi sebab takut nanti termuntah pulak kalau berus gigi lepas pukul 6+ (mandi pagi).

Berbuka pun saya suka makan yang manis2. Kuih2 tu saya beli banyak sikit, sebab nak simpan untuk sahur. Berbuka tak cerewet. Masak nasi , beli lauk kat pasar ramadhan. Hari minggu kalau terasa nak makan lain sikit, saya masaklah apa yang suami nak makan.

Persediaan bersalin
Jika ke klinik kerajaan waktu ini, anda akan disuruh buat list untuk movement baby. Dalam 12 jam misalnye dari 9 pagi hingga 9 malam, anda diminta rekod setiap kali ada tendangan/ pusingan bayi. Terasa macam cikgu tanda markah pulak..heheh.
Anda juga dah diminta sediakan persiapan bersalin, iaitu beg bersalin. Ni list dari internet untuk apa ada dlm beg bersalin?

Monolog
Sekarang ni saya dah terfikir2, macam mana bersalin tu ye? Sakit yang macam mana? Takut juga fikirkan. Camanapun kena lalui jugakkan. Saya jugak fikir banyak worse scenarios. What if i did not make it? What will happen to the baby and my husband. Bila saya bincang dengan kawan, mereka setuju, memang these are the things they thought of too during the pregnancy. Sampai ada yang pergi tukar penama ASB/Tabung Haji dan simpanan kepada penama yang berkenaan. Mudah2an saya selamat bersalin nanti, kerana saya teringin sangat nak tengok muka baby yang saya tunggu sekian lama :D.

Sepanjang mengandung ni jugak saya banyak berfikir pasal ibu2 mengandung kat mana2 jugak mereka berada; kalau kita dapat kemudahan (boleh berkereta ke pejabat, dapat makanan yang cukup waktu mengandung, ada rumah sendiri untuk berlindung, ada wang untuk beli pakaian mengandung), macam mana dengan ibu2 mengandung yang tak dapat ni semua? Ibu2 mengandung yang miskin, yang ditinggal suami, yang kematian suami..bagaimana nasib mereka?Sedihnya saya :( . Saya berdoa mudah2an mereka semua dilindungi dan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment