Saturday, August 8, 2009

Amalan Mendapatkan Zuriat

1) Si-isteri hendaklah mengira tarikh yang dia akan subur. Perlu dia dan suami meminum air zikir bermula hari 10 sebelum masa subur.

2) Zikir berikut hendaklah dilengkapkan dalam masa 1 minggu, dan mula di minum air hembusannya dalam masa 1 minggu.

SubhanALLAH walhamduLILLAH wala ilaa ha ILLAH hu waLLAH hu Akbar 5,000x

3) Menantikan waktu tersebut, suami hendaklah minum setiap malam sebelum tidur, untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli.

4) Menantikan waktu tersebut, isteri hendaklah minum samada setiap malam, atau pada awal pagi sebelum sarapan untuk menyuburkan diri-nya:

Satu gelas susu, dicampur 2-3 biji badam ditumbuk halus, dicampur 1 sudu besar madu asli, dicampur 1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis).

5) Masuk hari 10 dari waktu subur, suami dan isteri

5a) minum air zikir segelas sehari

5b) hendaklah melakukan urutan di perut mereka menggunakan tangan kanan. Arah urut dari pusat ke ari-ari sambil menyebut YA RAZAK 33x. (jangan lakukan terbalik atau pusing-balik)

6) Semasa waktu subur, jangan lupa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh, atau soleha.

Dipetik dari : Amalan Mendapatkan Zuriat

Nota :
Bagi yang nak mencuba, saya sendiri menggunakan :

1) susu segar dutch lady atau magnolia (range harga rm4 - rm5 seliter),
2) madu khaula asli (range harga rm60-rm65 sebotol , di pasar seksyen 6 shah alam, penjual boleh bagi diskaun sedikit)
3) badam dalam peket beli di pasaraya (balik rumah kisar kasar2 sedikit dan simpan dalam bekas kedap udara)
4) serbuk cinnamon beli di pasaraya.

Disyorkan juga melakukan solat hajat agar hajat dimakbulkan. Insyaalah DIA maha mendengar.

6 comments:

  1. mya
    thanks for sharing..sangat2 berguna dikala saya kadang2 down dgn keadaan diri ini..kadang saya smpai tak sbr,kenapa org lain mudah je dpt, bilalah turn kita dan macam2 lagi...hanya Allah yang maha mengetahui...spt Mya,saya pon dah 3x, cuma by clomid..igt nk buat by injection kos about 1500,tapi rasa tak snggup nk injek sendri hari2..dah la penakut dgn jarum..hehe..by theway,saya akan cuba ikhtiarkan cara ni,moga3 berhasil..bln 9 ni genap 7 thn perkahwinan saya...moga2 mya slmt bersalin nanti...

    ReplyDelete
  2. terima kasih..ni BZ kan..aphyllum awak tu dah berbunga..10 kuntum setangkai..seronok sangat..

    Nanti saya tulis lagi bab2 amalan surah ye..janganla difikirkan hal orang tu sangat..org tak merasa..tak tahu menahu..selalulah maafkan mereka..

    Saya doakan rezeki BZ jugak..mudah2an satu hari smpi juga hajat BZ.

    Kalau susah hati, cuba cari tafsir quran, surah Maryam, bacakan ..dalam tu tak silap ade sikit ditulis pasal Nabi Zakaria..mudah2an kita jadi redha..

    ReplyDelete
  3. Mya
    hehe..pandai pon teka..harap dh dpt bb jgn lupa orked yer..
    anyway,makacih sesangat for the info..saya akan cuba,cuma yg bab susu+madu+cinamon tu,saya pening sket la..igt nk call.ada no phone tak? blh send kat email saya : namida77@yahoo.com /ym :namida77.TQ

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kawan²ku...

    Iza@BZ, nanti kita sama² usaha ye. Insya-Allah bulan ramadhan yg mubarak ini Tuhan akan memakbulkan doa kita.

    Mya, saya mintak izin untuk share petua dengan kawan² saya di sini pula. Kami rata² telah mempunyai 2 cahayamata tapi agak sukar untuk mendapatkan yg ketiga.

    ReplyDelete
  5. salam....saya baru terbaca blog ni..sedng berusaha utk dptkan zuriat...mohon kebenaran utk share info ni..tq

    ReplyDelete