Friday, August 28, 2009

Nota daripada Ceramah Susu Ibu

Ini antara info yang dapat saya kumpul. Nota ni tak lengkap , kerana 15 minit pertama ada sedikit gangguan dari ibu beranak 4 yang terpaksa di'jemput' keluar kerana kebisingan anaknya, dan saya sedikit terganggu dek ibu yang batuk di sebelah saya (dan tak pakai mask pulak tu, memang orang Malaysia ni kuat sungguh, tak takut wabak H1N1)

Nota saya:
  • Ada ayat Quran mengenai tempoh ibu menyusukan anak sekurang2nya sehingga umur anak 2 tahun.
  • Exclusive breastfeeding ialah apabila bayi disusukan selama 6 bulan sepenuhnya tanpa dicampur makanan tambahan / susu formula /hatta air masak sekalipun.
  • Makanan tambahan hanya diberikan selepas umur bayi 6 bulan.
  • Keraplah susukan bayi pada sebelah malam untuk rangsang penghasilan susu.
  • Bila untuk mula menyusukan bayi? Iaitu secepat mungkin selepas bayi dilahirkan (by demand) untuk merangsang susu.
  • Bayi menyusu 8-12 kali sehari kerana susu ibu mudah hadam.
  • Bayi yang menghidap 'kuning'/jaundice akan lebih suka tidur. Ibu kena peka dengan keadaan, jangan dibiarkan bayi tidur lama, ditakuti jaundice.
  • Bagaimana tahu anak ada jaundice?
  1. Bawa bayi kepada cahaya, picitkan jari pada kening bayi selama 2 3 saat, angkat jari dan lihat warna yang kelihatan samada pink atau kuning. Sekiranya kuning lekaslah berjumpa doktor.
  • Jika anak menghidapi kekuningan dan ibu menyusukan bayi, disyorkan ibu jangan makan jamu, halia, lada hitam & JANGAN..
  1. jangan mandikan anak dengan ubat sinseh (takut tak dapat bezakan samada kuning ubat atau kuning penyakit ,
  2. jangan beri anak minum susu kambing (ditakuti tak bersih) &
  3. jangan beri minum air masak.
  • Jika terasa sakit/bengkak pada payudara, jangan terus menyusukan anak. Tuam pada payudara, kemudian perahkan susu keluar. Setelah puting agak lembut barulah mula menyusukan bayi semula.
  • Pre Lactal Feeding fact : Pada awal kelahiran, kolustrum adalah memadai kerana 2-3 titik kolustrom = 3 ounz susu ibu.
  • Antara faedah susu ibu kepada bayi :
  1. mengandungi zat yang diperlukan bayi dalam nisbah yang betul
  2. Antibodi untuk bayi
  3. Susu ibu bersih daripada kontaminasi berbanding botol susu yang lifespan hanya 3 bulan
  4. DHA
  5. Eratkan hubungan ibu & anak.
  • Antara faedah breastfeeding kepada ibu :
  1. mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah (tempoh nifas tidak lama).
  2. Melambatkan haid dan menjarakkan kandungan (exclusive breasfeeding for first 6 months) .
  3. Kurangkan berat badan jika disertai dengan senaman.
  4. Mengurangkan possibilities of breast & ovari cancer.
  • Nutrisi semasa laktasi :
  1. Ibu perlu diet tambahan sebanyak 300-500 kalori.
  2. Makanlah makanan yang seimbang kerana ibu perlu protien, kalori, vitamin & mineral.
  3. Minumlah air 8 gelas sehari (atau susu).
  4. Makan lebih buah2an dan sayur2an.
  • Jika puting merekah, ambil sedikit susu badan dan basuh pada puting (boleh gunakan air suam juga) tapi jangan gunakan sabun untuk membasuh puting.
  • Kerap susukan bayi boleh elak bengkak buah dada.
  • Bagaimana sentiasa pastikan susu ibu sentiasa banyak ?
  1. Susukan bayi sekerap mungkin.
  2. Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
  3. Susukan kerap pada sebelah malam
  4. Perah susu badan.
  • Tempoh beku susu
  1. freezer - 3 bulan
  2. Peti sejuk (bhg bawah) - 48 -72 jam
  3. Cool box - 6 -8 jam
  4. Suhu bilik - 4-8 jam.
  • Stokkan susu dengan cara menyimpan yang baru dibelah belakang freezer dan yang lama di bahagian hadapan. Susu boleh distok dalam botol susu khas atau gunakan bekas puding. Stokkan setiap 1 sebanyak 3 Onz.
  • Cara cairkan susu :
  1. Letak susu beku di belah bawah.
  2. Biar pada suhu bilik
  3. Rendam bekas dengan air panas. JANGAN dimasak/direndam dengan air mendidih/guna microwave.

1 comment:

  1. Salam,

    Ayat Al-Quran dr Surah Al Baqarah ayat 60, semasa baca tekapkan tangan di payudara.

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete