Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah semalam kita dah berpuasa hari pertama untuk tahun ini.
Alhamdulillah saya tidak terkecuali. Bersahur, berpuasa, membeli juadah berbuka, berbuka & berterawikh dapat juga saya sempurnakan. Mengandung bukanlah halangan walaupun saya risau kesihatan kandungan. Selepas sehari, nampaknya belum timbul masalah, mudah2an sampai 30 hari kami berpuasa.

Untuk kawan2 yang sedang mencuba mendapatkan zuriat, dalam bulan Ramadhan ni ada banyak waktu2 yang makbul berdoa. Antaranya :
1) Malam lailatul qadar
2) Pada bulan Ramadhan itu sendiri
3) Ketika membaca Al Quran terutama waktu khatam
4) Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.
Maka kawan2, marilah cari waktu2 itu.

Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk memohon ribuan maaf jika ada salah silap saya. Sepatutnya sebelum Ramadhan kena minta maaf ni :).

3 comments:

  1. Selamat berpuasa juga untuk Mya sekeluarga. Semoga baby yg dikandung sihat sejahtera sepanjang bulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. salam mya
    seronoknya,dpt puasa penuh..moga bb sihat dan mamanya juga...amin..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kawan2..selamat berpuasa kepada kawan2 juga.

    ReplyDelete